Majlis Resepsi: Keith Foo Tidak Mahu Membazir


Pelakon Keith Foo memberitahu bahawa pihaknya akan mengadakan majlis resepsi perkahwinan pada awal tahun hadapan. Keith Foo dan juga model, Kim Raymond telah berkahwin pada Disember 2014.

“Pada mulanya kami ingin buat majlis tersebut pada tahun ini, namun kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja hingga sudah masuk ke hujung tahun, jadi lebih baik kami buat awal tahun depan sahaja. Majlis tersebut akan dibuat sederhana sahaja, saya rasa tidak perlu untuk membazir dengan mengadakan majlis mewah”

“Duit tersebut boleh simpan untuk masa depan daripada membazir,” katanya kepada mStar Online yang sebelum ini dikatakan cuba merahsiakan perkahwinan mereka daripada diketahui umum sebelum berjaya dihidu sendiri oleh pihak media.


Menurut Keith, dia sudah mengenali isterinya itu selama 13 tahun, sejak dari kecil. Menyentuh isu mengapa tidak menghebahkan perkahwinan, Keith bependapat bahawa isu tersebut tidak perlu dihebahkan. 

0 Response to "Majlis Resepsi: Keith Foo Tidak Mahu Membazir"

Post a Comment