
Video
seorang lelaki memarahi pasangan muda berdurasi 2 minit 17 saat di dalam kedai
serbaneka, 7 Eleven ini tersebar di laman sosial.
Difahamkan,
lelaki di dalam video tersebut adalah warganegara Nepal yang bekerja di
Malaysia. Manakala pasangannya pula gadis Melayu berasal dari Kelantan, bekerja
di sebuah pusat beli belah di Pulau Pinang.
Menurut
pengadu, pasangan terbabit dilihat bercium dan berpelukan di luar kedai tempat
kejadian.
Melihat
tindakan yang tidak sopan itu, lalu dia menegur pasangan terbabit. Namun tidak
diendahkan menyebabkan dia merakam dan menegur pasangan berkenaan.
Berdasarkan
video, lelaki terbabit menjelaskan bahawa mereka hanya sekadar berkawan dan
dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing.
Bagaimanapun,
pengadu memberikan amaran keras kepada lelaki itu agar tidak bermain cinta
dengan wanita tempatan.
"Kau
jangan kurang ajar tau. Ini Malaysia tau. Kau datang sini, kacau perempuan
Malaysia. Sekali lagi aku nampak, mati korang. Sini kitorang punya geng ramai
tau. Lu orang warga asing tau, orang luar. Lu tak tahu orang sini macam mana,
orang Melayu macam mana. Sekali lagi nampak, angkat pergi balai polis," kata
pengadu.
Gadis
itu menjelaskan bahawa hubungan mereka itu diketahui oleh ibu bapanya.
"Mak
kau tu bodoh! Bagi bercinta dengan orang asing buat apa??" katanya lagi.
Malangnya,
netizen mengkritik tindakan pengadu yang bercakap besar serta menghina agama
Hindu.
"Bodoh!
Kalau tegur, tegur baik-baik, kenapa nak ungkit Hindu minum arak?" kata
Karthikeyan Ramasamy.
"Amboi
yang tukang sound ni pun. Sembang jangan tinggi sangat. Bahasa itu jagalah
sikit. Tak payahlah sampai panggil mak orang lain bodoh. Pasal dia peluk cium
itu, kalau benda itu betul memang la patut kena tegur," kata Muhammad Husaini. -
THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'MAK KAU TU BODOH! BAGI BERCINTA DENGAN ORANG ASING BUAT APA?!'"
Post a Comment