Jutawan Speedmart99 Adalah Orang Kurang
Upaya (OKU), Belajar Setakat Darjah Enam dan langsung tidak tahu bertutur
english. Kita mungkin sudah biasa melihat rangkaian mini market
99Speedmart yang papan tandanya berwarna hijau gelap dan oren itu.
Ramai mungkin tidak tahu siapakah pemilik
rangkaian mini market itu. Untuk rekod, ia adalah milik seorang lelaki kurang
upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah Beliau memiliki lebih 200 buah cawangan
99Speedmart di seluruh Malaysia (2011).
Lee berkerusi roda semenjak kecil. Sewaktu bayi,
Lee lumpuh disebabkan polio dan hilang fungsi kakinya. Bapanya seorang buruh
pembinaan dan ibunya seorang penjaja, mereka bekerja keras untuk menyara 11
anak.
Mereka cuma mampu menyediakan pendidikan
peringkat sekolah rendah kepada Lee. Untuk menghilangkan rasa sunyi, Lee belajar
sendiri dengan membaca buku yang dipinjam dari jiran, dan menjual makanan ringan
serta snek ditepi jalan.
“Saya perlu menolong diri sendiri. Tiada siapa
yang hendak menggaji saya yang mempunyai fizikal yang terhad ini..”
Lee memiliki simpanan RM5,000 ketika 23 tahun,
cukup untuk memulakan kedai runcit. Dari situ beliau mula belajar tentang
perniagaan runcit.
Lee menceritakan – “saya belajar apa pelanggan
mahu, saya kenal siapa pembekal dan harga mereka. Dan saya kaji pesaing saya
dengan cermat..”
Beliau telah berjaya menubuhkan 8 pasar mini di
sekitar bandar Klang, Selangor pada hujung tahun 1990an walaupun kegawatan
ekonomi berlaku pada masa itu. Kejayaan ini adalah sumber keyakinan kepadanLee
dalam perkembangan perniagaan kedai serbaneka yang mempunyai potensi tinggi.
Pada Ogos 1992, pasar raya 99 yang pertama telah
dibuka. Sejak tahun 1995, 7 buah lagi pasar raya yang menggunakan sistem kawalan
stok dan inventori yang terkini telah dibuka di beberapa kawasan di Klang.
Perniagaan kesemua pasar raya ini berkembang dengan kadar 8 peratus setahun.
Pada masa perniagaannya berkembang, beliau telah
memperoleh banyak pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan barangan
serbaneka. Beliau mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap setiap perkara yang
melibatkan perniagaan ini seperti layanan pelanggan, pemilihan tempat
perniagaan, kebersihan tempat perniagaan, pentadbiran perniagaan, penjualan dan
promosi.
Ini menghasilkan rangkaian pasaraya berjenama
tinggi yang dikenali oleh penduduk Klang. Daripada pengalaman dan kejayaan Lee
dalam perniagaan ini, beliau telah mengilhamkan satu konsep kedai serbaneka
moden yang mempunyai segala kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan
satu kedai.
Justeru, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah ditubuhkan
untuk mengadakan francais kedai-kedai serbaneka di seluruh Malaysia. Sembilan
kedai-kedai serbaneka 99 Speed Mart Sdn. Bhd. telah wujud di sekitar Lembah
Klang.
Konsep kedai serbaneka 99 Speedmart telah direka
untuk menawarkan kepada pengguna cara membeli-belah dengan mudah, cepat dan
selesa tanpa kesesakan orang ramai yang biasanya dapat dilihat di pasar raya
atau pasar raya besar.
Ia juga menyediakan pelbagai jenis barangan
dengan nilai yang terbaik untuk pengguna. Slogan kedai serbaneka 99 Speedmart
Begitu cepat, begitu mudah meliputi idea dan konsep kedai serbaneka 99 Speedmart
iaitu Cepat dan Mudah.
Ini kerana pengguna boleh mendapatkan barangan
yang diperlukan dengan cepat serta mudah dari segi masa, wang dan
penginapan.
Bagi menguatkan ‘ikatan’ dengan pembekal, Lee
akan menjelaskan bayaran dengan hanya beberapa minit sahaja dengan mereka setiap
kali beliau memperoleh barangan yang dipesan.
Cara ini menyebabkan pembekal percaya kepada
kejujuran Lee.
Di kala ramai OKU yang bergantung sepenuhnya pada
bantuan kerajaan, Lee memecahkan tradisi ini. Beliau pada awalnya terpaksa
meminta bantuan adik beradiknya untuk menyusun barangan yang berat. Keadaan
beliau berkerusi roda tentunya menyebabkan pergerakannya terhad.
“Sudah tentu saya kena bekerja lebih kuat dari
orang lain. Saya tidak boleh berbahasa Inggeris, berkerusi roda dan sekolah
setakat darjah enam. Tapi bila berkerja keras, secara automatik boleh
menambahkan rasa keyakinan diri dan ilmu pengertahuan,” kata Lee.
Beliau juga tidak menggunakan kecacatan dirinya
bagi meminta diskaun dari pembekal. Tiada keistimewaan khas, cuma bisnes dan
berurusan seperti orang lain.
0 Response to "Ramai Bakal TERPANA MALU Apabila Membaca BIODATA Jutawan Pasaraya Speedmart99 Ini !!!"
Post a Comment