(Video) Selepas 2 Tahun Hilang, GoPro Dijumpai Semula Dengan Rakaman Ruang Angkasa Yang Menakjubkan

(Video) Selepas 2 Tahun Hilang, GoPro Dijumpai Semula Dengan Rakaman Ruang Angkasa Yang Menakjubkan

Pada bulan Jun 2013, sekumpulan pelajar yang mahu mengambil gambar Grand Canyon untuk menghasilkan paparan 3D kawasan gaung batu tersebut telah melepaskan beberapa peranti dan kamera GoPro ke udara menggunakan belon kaji cuaca di Arizona, Amerika Syarikat.

Mereka menerbangkan sebuah GoPro,telefon Sony dan Samsung Galaxy Note 2 dalam sebuah kotak ke stratosfera menggunakan belon berkenaan.


Bagaimanapun, dua telefon tersebut yang sepatutnya menghantar teks beserta koordinat kepada mereka untuk dijejaki lokasi kotak berkenaan jatuh telah rosak teruk akibat impak pendaratan yang terlalu kuat.

Kerana tiada maklumat dan koordinat menyebabkan mereka gagal menjejaki tempat kotak yang berisi GoPro dan telefon berkenaan jatuh.

Namun selepas dua tahun berlalu, seorang lelaki telah menjumpai kotak tersebut dan dia telah ebrjaya menghubungi pelajar-pelajar berkenaan semula dan memulangkan peralatan itu kepada mereka.

Apabila memperoleh GoPro berkenaan, mereka melihat hasil rakamannya yang cukup menakjubkan di mana ia memaparkan separuh ruang angkasa bumi yang cukup cantik dan mengagumkan. - kredit



0 Response to "(Video) Selepas 2 Tahun Hilang, GoPro Dijumpai Semula Dengan Rakaman Ruang Angkasa Yang Menakjubkan"

Post a Comment