10 Anak Selebriti Yang Kalau Dididik Menjadi ANAK SENI Pasti BOOM KEBABOMM


Apabila seseorang memilih untuk menjadi seorang selebriti, maka tidak dapat tidak populariti yang diraih mereka bakal terpercik kepada anak mereka pula. Apa tidaknya, dengan dunia hiburan kini turut dimeriahkan dengan penglibatan sosial media, ada sesetengah selebriti turut mengongsikan perihal kehidupan mereka seharian yang pastinya tidak sunyi dari kelibat anak kesayangan mereka sendiri.

Untuk itu, kami akan menyenaraikan seramai 10 orang anak selebriti Malaysia yang paling berpengaruh!


Senarai ini mengambilkira pelbagai faktor, antaranya tahap ekslusiviti, populariti ibu-bapa mereka sendiri serta pengaruh sosial media anak selebriti terbabit sendiri.



10. Naira Mikayla


Berada paling awal di dalam senarai kami adalah anak kepada pasangan Nabil Rajalawak dan Nazira Ayub yang bernama Naira Mikayla.


Nabil yang merupakan johan Rajalawak musim kedua kini turut berentap didalam pertandingan Maharaja Lawak Mega yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal.


Untuk makluman para pembaca, usia Naira kini sudahpun menginjak ke angka 2 tahun.



kredit gambar: myartis



9. Irma Nur Naylie


Anda pasti sudah terbayang akan nama sebenar ibu kepada si comel ini apabila terpandang nama si comel ini. Ya, Irma Nur Naylie adalah cahaya mata kedua hasil perkongsian hidup antara Irma Hasmie dan suami, Redza Syah Azmeer.




Menurut penerangan Redza Syah Azmeer, suami Irma Hasmie di akaun Instagramnya, nama anak perempuannya ini diambil bersempena dengan nama ibunya. Nur bermaksud cahaya sementara Naylie bermaksud pencapaianku. Kalau digabungkan membawa maksud ‘cahaya pencapaianku’lah. - Beautiful Nara


8. Fiska Medina binti Mohd Amirul





Menatap wajahnya yang cukup mempesona ini sudah cukup membuatkan mata kami terkebil-kebil. Sukar untuk mengalihkan pandangan anda darinya bukan?


Menurut ibu kepada bayi ini yang juga blogger terkenal, Irene Nadia



Medina adalah sebutan yang memberi makna Kota Madinah (bandar). Maksud Fiska pula memang susah dicari dan kemungkinan tiada maksud khusus dari bahasa Arab. Nama ini adalah pilihan suami Irine yang suka dengan paggilan nama ni. Jika dirujuk dari bahasa lain seperti Spanish, 'Pesca' membawa maksud 'fishing' atau memancing. Kalau nk fikir dari sudut istilah, maksud perkataan ni boleh ditafsir sebagai perlakuan seorang yang mencari rezeki. Dalam bahasa Portuguese pula, perkatan 'Pisca' membawa maksud 'berkelip', dan pastinya yang berkelip adalah cahaya. Kalau combine Fiska Medina boleh jadi maksudnya pun 'kota yang berkelipan' :) Jadi dari asal perkataan 'Pesca' dan Pisca' ini digubah sedikit untuk menjadi lebih feminin dan sesuai dengan sebutan Melayu kita menjadi Fiska :)


7. Arrianshah Akid


Peminat kepada artis Tomok yang mengikutinya di akaun KEEK rasmi Tomok pasti mengenali pemilik kepada nama yang bertuah ini. Telatah comel Arrian selalu dikongsikan Tomok di akaun Keek untuk tatapan peminatnya.


Tomok yang suka mengusik bayinya selalu menampilkan aksi dan telatah yang mencuit hati. Cute sangat!


6. Keisha




Pemilik kepada nama Keisha ini adalah merupakan cucu kepada ikon Rock nombor satu negara iaitu Amy Search. Cahaya mata kepada Nabila Huda ini kini berumur 5 tahun selalu menghiasi akaun Instagram Nabila Huda.

0 Response to "10 Anak Selebriti Yang Kalau Dididik Menjadi ANAK SENI Pasti BOOM KEBABOMM"

Post a Comment