TRAILER filem
terbaharu Star
Wars iaitu Star
Wars: The Force Awakens mencatat
tontonan luar baisa apabila ia berjaya mencecah 2.7 juta tontonan, selepas enam
jam dilancarkan pada Isnin.
Pada
Ahad lalu, Lucasfilm dan Diseney akhirnya mendedahkan kepada umum poster rasmi
filem itu.
Pihak
produksi itu juga mengjangkakan sambutan luar biasa sebaik trelernya dilancarkan
dan ternyata tekaan itu tepat apabila tontonannya mencecah jumlah menakjubkan
dalam masa beberapa jam.
Treler
ini memberi pandangan yang luar biasa ke dalam watak-watak baru dan juga
gambaran pertama daripada Millennium
Falcon sejak Return
of the Jedi!
Berdasarkan
kepada beberapa saat treler ini, dapat dilihat siapa Kylo Ren dan John Boyega
dan tentunya Star
Wars: The Force Awakens
akan muncul dengan beberapa kejutan lain.
Filem
ini akan mula ditayangkan pada 18 Disember depan dan tiket-tiket awalnya telah
mula dijual untuk tempahan di Amerika Syarikat.

0 Response to "2.7 Juta Tontonan Dalam Masa 6 Jam Trailer Terbaharu 'Star Wars'"
Post a Comment