(3 GAMBAR) WANITA LEMAS SELEPAS NEKAD TERJUN DARI JAMBATAN PULAU PINANG


Seorang pemandu teksi yang membawa seorang penumpang wanita warga emas terkejut selepas wanita berkenaan memintanya memberhentikan kenderaan semasa berada di atas Jambatan Pulau Pinang sebelum wanita berkenaan nekad memanjat batu penghadang dan terjun ke dalam laut.

Menurut sumber, mangsa mulanya mengadu pening dan mahu muntah lalu drebar teksi pun memberhentikan kenderaan sebelum bertindak demikian.

Memetik Laporan Harian Metro, wanita yang berusia dalam lingkungan 70an itu kini dipercayai lemas dan usah mencari telah dijalankan.



Kerana kejadian ini, lalu lintas menghala ke Pulau dilaporkan sesak pada petang tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Pegawai Bomba Kanan II, Rozaidi Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.21 petang sebelum tiba di lokasi kejadian pada 4.36 petang.



Sejurus tiba di lokasi kejadian, disahkan bahawa seorang wanita terjun dari jambatan berkenaan di Kilometer 4.2 menghala ke Perai.

Menurut beliau, satu unit jentera Bomba dan Penyelamat dibantu oleh satu unit Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tiba di lokasi setelah menerima laporan pada kira-kira pukul 4.20 petang dalam usaha mencari mangsa.
 
 

0 Response to "(3 GAMBAR) WANITA LEMAS SELEPAS NEKAD TERJUN DARI JAMBATAN PULAU PINANG"

Post a Comment