PARIS
– Bintang filem pornografi terkenal Perancis, Nikita Bellucci mendakwa
telah mengalami suatu peristiwa yang tidak menyenangkan dirinya dengan sebuah
syarikat penerbangan antarabangsa, Transavia baru-baru ini.
Beberapa yang hari lalu,
Nikita dilaporkan berhasrat untuk melakukan perjalanan udara dengan menggunakan
perkhidmatan Transavia, anak syarikat milik penerbangan kebangsaan Perancis dan
Belanda, Air France KLM.
Malangnya, jadual penerbangan
ditempah oleh Nikita, 26 tahun; aktres yang sudah membintangi 28 judul filem
lucah sejak 2011 itu; terus menerus mengalami penangguhan untuk perlepasan
sepanjang hari berkenaan.
Kesal menghadapi situasi
tersebut, dia pun memutuskan untuk melaporkan masalah berkenaan dengan terus
mengirimkan pesanan menerusi akaun Twitter rasmi Transavia bagi mendapatkan
penjelasan yang sebenar.
“Bagaimana dapat
informasi tepat mengenai penerbangan TO3743? Dari pagi, penerbangan sudah empat
kali dibatalkan @TransaviaFR dan tidak ada informasi apa pun di
Budapest,” tulis Nikita melalui akaun Twitternya.
Namun apa yang terjadi
seterusnya, membuatkan Nikita berubah luar biasa marahnya susulan petugas
pentadbir Twitter Transavia dengan respons balas yang ternyata sengaja
merendahkan kehormatan maruah dirinya.
“@NikitaBelluciX penerbangan
kembali dijadualkan pukul 14.30. Tetapi bersama kamu, saya mengharapkan waktu
yang lebih ‘lama’. Semoga hari anda menyenangkan. Saya akan selalu siap untuk
anda,” balas Transavia.
Berdasarkan portal The
Local, Nikita berasa sangat emosional dan marah sehingga dilaporkan berkata
menerusi akaun Twitter itu: “Dasar anda keparat. Saya tidak akan terbang
bersama dengan anda lagi selepas ini.”
Lucunya, beberapa minit
kemudian, Nikita didapati segera menghapuskan reaksi emosional tersebut. Mungkin
bimbang reaksi peminat kerana dia pun bukanlah bermoral baik sangat menerusi
puluhan filem dan video lucah.
Anehnya tidak beberapa lama
kemudian, ramai pengikut Nikita pun turut ikut menyerang akaun Twitter Transavia
serta mengkritik respons menjijikkan pentadbir syarikat tersebut dengan banyak
komen ‘pedas’ dan cukup marah.
Pihak pengurusan Transavia
segera ‘menyejukkan’ konflik yang terjadi menerusi media sosial tersebut dengan
mengeluarkan permohonan maaf kepada Nikita secara terbuka dalam usaha untuk
meredakan perasaan netizen.
“Kami mohon maaf jika
anda tersinggung dengan ayat lawak itu. Saya hanya ingin ‘menyegarkan’ suasana.
Sekali lagi, saya minta maaf. Pesawat akan segera terbang,” tulis
respons si petugas pentadbir Twitter Transavia.
Jurucakap Transavia
memaklumkan, syarikat itu telah memohon maaf secara umum dan secara langsung
kepada Nikita susulan ketidakselesaan oleh komen pengurus komuniti pentadbir
Twitter mereka pada Isnin tersebut.
Mereka juga menegaskan bahawa
keselesaan dan kepuasaan pelanggan adalah keutamaan tinggi Transavia, syarikat
udara berpusat di Belanda yang ditubuhkan pada 1966 lalu dengan 88 destinasi
seluruh dunia.
Pihak pengurusan Nikita
dilaporkan turut menerima permohonan maaf daripada Transavia dan memutuskan
untuk tidak meneruskan perselisihan kecil yang terjadi pada 12 Oktober lalu. –
Agensi/Mynewshub.cc/HAA
0 Response to "Artis Porno Marah Dapat Mesej Twitter Berbaur Lucah"
Post a Comment