GAMBAR HIASANJOHOR BAHRU – Seorang pekerja buruh kontrak warga
Indonesia maut ditikam anak saudaranya, gara-gara menegur suspek akibat selipar
miliknya yang dipakai terpijak tahi anjing di kawasan rumah setinggan, Jalan
Kebun Teh Lama, di sini, malam semalam.
Ketua
Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata Sahral Asmara,
56, yang juga berstatus penduduk tetap ditikam pada pukul 7.40 malam di
rumahnya.
“Sebelum
kejadian, mangsa dikatakan bertengkar dengan suspek mengenai perkara itu. Suspek
yang tidak puas hati lalu meluru masuk ke dalam rumah dan keluar semula dengan
pisau lapan inci sebelum menikam mangsa di bahagian kanan
pinggang,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sulaiman
berkata mangsa kemudiannya sempat keluar dari rumah dan meminta tolong
jiran-jirannya sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan.
Mangsa
kemudiannya disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan, kata beliau.
Sulaiman
berkata pihaknya kini giat melakukan usaha untuk menjejaki suspek utama yang
juga warga Indonesia, berumur dalam lingkungan 42 tahun, yang melarikan diri
sejurus kejadian.
Beliau
meminta saksi dan orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi
talian hotline Ibu Pejabat Daerah Johor Baharu Selatan di
07-2218999.
Kes
itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun
Keseksaan. – BERNAMA
0 Response to "BURUH WARGA INDONESIA " MATI DITIKAM HANYA GARA-GARA SELIPAR""
Post a Comment