Kegembiraan seorang murid perempuan tahun enam yang
baru sahaja tamat menjalani Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bertukar
tragedi hitam selepas dia mendakwa dirogol individu yang merupakan guru serta
warden asrama sekolahnya.
Kejadian
itu berlaku di Konowit, Sabah membabitkan guru berusia 39 tahun.
Menurut
Ketua Polis Daerah Konowit, DSP Ismail Mahmood bahawa pihaknya telah menahan
suspek selepas menerima laporan polis dari nenek pelajar perempuan tersebut,
baru-baru ini memetik Malaysian Digest.
“Suspek kini sedang direman selama tujuh
hari untuk membantu siasatan polis. Kes tersebut disebut mengikut Seksyen 376
Kanun Keseksaan,” katanya.
Nenek mangsa yang berusia 63 tahun berang
selepas mendengar cerita orang yang mengatakan bahawa cucunya itu sedang
menjalinkan hubungan cinta dengan individu yang dipertanggungjawabkan menjaga
kebajikan pelajar di asrama itu.
“Curiga dengan khabar angin itu, wanita
warga emas berkenaan telah membawa cucunya untuk menjalani pemeriksaan perubatan
di Hospital Sibu dan mendapati terdapat kesan koyak pada alat sulitnya,” katanya
seperti dilaporkan Borneo Post, semalam.
Pihak polis tidak menafikan wujud jenayah
rogol dalam kes tersebut kerana kegagalan guru tersebut mengawal nafsunya.
Kes itu telah dimaklumkan kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat.
0 Response to "CIKGU PERKOSA BUDAK LEPASAN UPSR"
Post a Comment