Salam
semua, ada cerita sikit saya nak kongsikan.
Semasa
saya pergi ke surau di KLIA (Anjung Tinjau), saya ternampak seorang pakcik ini.
Dia bukan warganegara Malaysia tetapi beragama Islam. Pada mulanya, saya
ingatkan dia cuma passenger biasa-biasa, datang ke surau untuk solat. Tetapi
bila dah seminggu lebih, saya kerap nampak dia dengan begnya. wajahnya kelihatan
sedih seperti sedang menghadapi masalah. Dalam otak saya tiba-tiba saya keluar
perkataan;
"Tegurlah
dia, tanya dia kenapa?"
Selepas
itu. saya pun menegurnya dan bertanya apa yang dia buat di sini. Pakcik itu
hanya memberikan alasan yang penerbangannya delay. Jadi saya pun bertanya sama
ada dia sudah makan atau belum, namun dia hanya mendiamkan diri.
"Pakcik
ada duit tak?"
"Tak
ada," balasnya.
Saya
pun hulurkan sedikit duit yang ada di dalam poket in dan suruh dia pergi makan.
Wajahnya kelihatan gembira dan berkata, walaupun dia tiada duit sekali pun dia
kena bersabar. Tetapi saya dah berikan dia duit, dia anggap saja ini adalah
rezeki dia sebab Allah selalu berada dengan orang-orang yang bersabar. Dalam
al-quran juga pun ada tulis.
Tergamam
saya dibuatnya. Dalam hati, "kuat betul iman pakcik ini).
Selang
tiga hari kemudian, saya ternampak dia sekali lagi. Kali ini, saya benar-benar
ingin mengetahui mengapa dia masih berada di sini. Mustahil penerbangannya delay
sampai ke hari ini. Jadi saya tanya dia betul-betul.
Pakcik
itu akhirnya mengalah dan menceritakan hal yang sebenar. Nama dia Ibrahim,
berumur 57 tahun, datang dari Pakistan ke Malaysia untuk mencari pekerjaan
kerana di Pakistan susah kerja dan duit pula tidak mencukupi untuk menyara
keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah. Nak makan pun tak ada duit, sebab
itu dia datang ke KLIA sementara menunggu tarikh penerbangannya yang
sebenar.
Mujur
dia sudah membeli tiket balik awal-awal lagi di negara dia kerana dia fikir
kalau gagal mendapat pekerjaan di sini, dia akan balik ke Pakistan semula. Di
Malaysia, dia gagal mendapat pekerjaan kerana dia tidak mempunyai visa kerja.
Umur pula sudah tua membuatkan orang enggan mengambilnya bekerja.
Sewaktu
dia menceritakan kisah hidupnya itu, saya lihat dia benar-benar jujur kerana dia
menjelaskan masalah & perihal keluarganya sampai mengalir air matanya.
Tetapi dia kawal, saya pun meminta Boarding Pass dan pasport miliknya. Semua ada
dan rupa-rupanya penerbangannya bukan delay tetapi tarikh dia balik ke Pakistan
ialah 13 November 2015 ini. Jadi dia ada masa untuk tidur di KLIA 24 hari? Dah
berapa lama dia tidur di sini? Tanpa duit dan makanan semua? Ya Allah, tuhan
saja yang tahu. Hati pun dah mula rasa sebab kerana terfikirkan yang aku in
susah juga tetapi masih mampu makan semua.
Dia?
Boleh ke dia bertahan? Semenjak dari hari itu saya berjanji untuk membantu dia.
Beri dia makan sehari sekali, itu saja yang saya mampu. Dia pun mengangkat
tangan dan berdoa dengan lantang menyebabkan semua orang pandang ke arah kami.
Malu saya dibuatnya, tetapi fikirkan niat hati mahu membantu orang, saya pun
buat tak tahu. Kuat betul dia berusaha untuk datang ke negara ini untuk mencari
duit bagi keluarganya di kampung.
Saya
terfikir, macam manalah hidup saya yang akan datang. Sayu saya mendengar cerita
dia. Saya kongsikan cerita ini pada semua orang, manalah tahu ada yang diantara
kita bekerja di airport ternampak dia, bolehlah membantu dia sedikit sebanyak
yang mampu. Semua sedekah kalau kita bantu dia, orang tengah susah.
Saya
sertakan gambarnya. Cerita ini bukan rekaan atau meminta perhatian orang awam.
Kalau sesiapa yang berkelapangan, kongsilah cerita ini agar pakcik ini dapat
dibantu. Selalu ada di surau bila waktu sudah masuk waktu solat. Bantulah dia.
- Zetty
0 Response to ""DAH BERAPA LAMA PACIK TINGGAL KLIA TANPA MAKAN MINUM NI?""
Post a Comment