Lelaki warga India yang tampar imam Masjid
Negara ketika solat Jumaat, 18 September lalu, didenda RM12,000 oleh Mahkamah
Majistret, di sini, hari ini.
Majistret Siti Radziah Kamarudin menjatuhkan
hukuman atas tuduhan mencederakan mangsa terhadap Shabir Ahmad Khan, 31, yang
berasal dari Khashmir, apabila dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan
jurubahasa mahkamah.
Mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman
penjara tiga bulan, jika gagal membayar denda.
Mengikut pertuduhan, Shabir yang bekerja
sebagai pemandu peribadi didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada
Mohd Zuhairee Mohd Yatim, 39, di Masjid Negara, Jalan Perdana, dekat sini, 1.30
petang, 18 September lalu.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa
Raya Nor Diana Nor Azwa, manakala tertuduh diwakili peguam bela Sharen
Rosli.
0 Response to "Didenda RM12,000 Tampar Imam"
Post a Comment