DULU DIKEJI, DIPANDANG HINA & DIANGGAP PENCURI KINI BERGELAR JUTAWAN MUDA BERJAYA
"Kau
budak tak habis sekolah, kerja mencuri je, takyah berangan nak berjaya! Budak
tak guna!" Aku
nak kongsikan satu kisah inspirasi, kisah benar, kisah budak jahat yang suka
berangan bernama Zukermi. Pertama,
aku bukan nak buka aib sendiri, aku kongsikan ni sebagai inspirasi dan
pengajaran untuk semua. Aku
share supaya lebih ramai yang sedang 'down' tu, akan terinspirasi.
InsyaAllah. . Ya,
dulu aku bukan budak baik, mencuri adalah kerja sambilan aku. Sekolah
sampai tingkatan 2 saja. Saat
orang semua tidur, bukit bintang jadi taman permainan aku masa remaja
dulu. Aku
tak bangga dengan apa yang aku buat dulu. Sebab
aku banyak menyusahkan mak ayah aku. . . Tapi
dalam jahat aku dulu, aku ada pasang impian. Jangan
ingat remaja tak habis sekolah, suka mencuri, nakal itu tiada
impian. Mereka
semua ada impian. Bezanya,
impian itu biasanya hanya kami simpan sendiri-sendiri. Sesuatu
yang kami malu nak kongsikan dengan orang lain. Sebab apa? Sebab
orang akan gelakkan impian kami. "Budak
bodoh jahat macam kau nak kaya dan berjaya? Boleh mimpi!" Dalam
mereka gelak, mungkin atas inilah monolog mereka ketika itu. . . Tak
lama lepas tu, di saat aku rasa aku dah jauh sangat sesat dalam dunia aku, aku
rasa aku kena buat sesuatu. Seperti
'dirasuk' dengan satu semangat, aku akhirnya buat sesuatu untuk capai impian
karut aku! Aku
tak peduli apa orang nak kata. Aku
tak fikir pun sama ada aku akan berjaya ke tak. Aku
tak fikir pun kemampuan aku masa tu. Aku
tak pandang ke belakang dah. Aku
mula langkah pertama aku dengan berniaga online. . . Bermula
dari saat tu, aku macam satu keretapi yang tak boleh berhenti. Kejayaan
kecil demi kejayaan kecil, seolah menolak aku untuk terus cuba dan
mencuba. Ketika
tu aku sedar satu perkara, Budak
jahat, budak tak habis sekolah, budak tak guna, juga mampu untuk buat sesuatu
untuk capai impian dia! Rasa
seperti kisah dongeng! . . Dipendekkan
cerita, Dari
jual produk orang tanpa modal, hari ni, budak tak guna ni dah mempunyai syarikat
yang dah keluarkan produk kecantikan sendiri. Dari
pernah meminta sedekah untuk beli rokok, budak tak guna ni dah berjaya capai
jualan jutaan Ringgit. Dari
mula menjual online di Cyber Cafe, budak tak guna ni dah ada office sendiri
dengan staffnya sendiri. Dari
hanya berjalan kaki dan menaiki bas, budak tak guna ni dah ada dua kereta
impiannya sendiri. Dari
tidur di surau stesen bas, budak tak guna ni dah ada hampir 9 buah rumahnya
sendiri. (1 duduk, 8 lagi sewakan) Dari
hanya mengecewakan ibu bapanya, budak tak guna ni dah berjaya gembirakan ibu
bapanya. Dari
hidup tak tentu arah seorang diri, budak tak guna ni dah ada seorang isteri yang
terbaik. Dari
hanya mencuri, budak tak guna ni berpeluang untuk memberi pula pada orang
lain. Alhamdulillah.
Semua ni takkan terjadi tanpa bantuan dan keizinan Allah swt.
Subhanallah. . . Apa
yang aku cuba sampaikan, Jangan
biarkan kisah gelap kita halang kita berimpian! Jangan
biarkan kebodohan terdahulu buat kita rasa kita bodoh selamanya! Jangan
biarkan pandangan jijik orang pada kita buat kita lemah! Jangan
malu nak berimpian walaupun tiada segulung ijazah! Jangan
sesekali rasa nasib kita sentiasa di bawah. . . Allah
swt dah susun sehabis cantik perjalanan hidup kita. Di
saat Allah swt ingin curahkan rezekinya pada kita, kita pasti akan rasakan semua
itu seperti bermimpi. Semalam
poket kita kosong, esoknya boleh jadi sepenuh-penuhnya,
mencurah-curah. Hari
ni orang hina kita, esoknya boleh jadi orang pandang tinggi pada
kita. Hari
ni kita rasa sedih, esok kita boleh jadi gembira tak terhingga. . . Percayalah,
sesiapa saja layak berimpian untuk berjaya. Baik
dia itu bekas penjenayah, baik dia itu pengemis, baik dia sesiapa pun. Jangan
sesekali bunuh impian orang lain. Lagi-lagi
orang yang bermasalah, macam aku dulu. Sebab
hakikatnya, impianlah akan jadi pendorong untuk orang seperti ini
berubah. Jika
impian mereka ditertawakan, tiada lagi impian dan mereka akan kekal jadi
sebegitu. Sentiasalah
bersangka baik dengan Allah swt. Dan
ingat, impian adalah sia-sia tanpa tindakan. . . Mulakan
sesuatu hari ni. Kejarlah
ilmu, belajarlah, usahalah. Jika
orang jahat, budak bodoh tak habis sekolah, tak guna seperti aku boleh, kenapa
tidak anda? .Muhammad
Zukermi Bin EdiUniversiti
Jalanan 24
tahun.P/S:
Share-kan jika anda ingin inspirasikan orang lain yang sedang down terkenangkan
kebodohan diri.
0 Response to "DULU DIKEJI, DIPANDANG HINA & DIANGGAP PENCURI KINI BERGELAR JUTAWAN MUDA BERJAYA"
Post a Comment