Ekoran
daripada penyebaran gambar penuh kontroversi “Gambar
Fara Mendoza Dan Zwen Star Bercumbu BIKIN GEMPAR!“, dirinya kini menjadi
bahan hentaman netizen malah lebih ramai yang menyuarakan kebencian terhadap
dirinya.
Gambar
yang menujukkan sisi dirinya dan seorang penyanyi baharu, Zwenstar sedang
dinafikan sekeras-kerasnya lebih-lebih dakwanya pembikinan klip video itu
dilakukan di taman permainan Putrajaya. Menurutnya ia sesuatu perkara yang
mustahil dilakukannya dengan dilihat oleh orang ramai.
“Saya terkejut apabila mendapat tahu foto itu tersebar. Tidak mungkin saya melakukan perkara tidak senonoh sedemikian.“Apatah lagi penggambaran klip video itu dilakukan di sebuah taman permainan di Putrajaya. Malah ramai orang berada di sekeliling kami ketika penggambaran sedang berlangsung.“Nampaknya memang ada pihak cuba mahu mengenakan saya. Takkan saya nak bercium di depan orang ramai? Itu mengarut,” katanya.
Tidak
ingin diri terus menjadi mangsa keadaan, Fara Mendoza tidak akan berdiam diri
sebaliknya akan mencari siapa dalang disebalik apa yang telah tersebar.
“Bagi saya, orang yang cuba merakam gambar itu memang hebat. Saya tengok pun terkejut kerana ia memberi gambaran seolah-olah sedang bercium dengan Zwenstar.“Saya akan siasat siapa yang buat begini. Individu terbabit sengaja mahu melihat saya jatuh,” tegasnya.
Mungkin
di sebalik ujian dan musibah menimpa Fara Mendoza, Allah ingin memanggilnya atau
memberi peringatan bahawa tiada sesiapa yang mampu mengelak daripada Allah
lebih-lebih lagi dirinya baru sahaja sembuh dari kemalangan.
0 Response to "FARA MENDOZA AKAN DEDAH DALANG SEBAR GAMBAR PANASNYA SEOLAH BERCUMBU"
Post a Comment