![]() |
Zamani lari Rumah Pengasih |
“Dia
(Zamani)
melarikan diri dari Pusat Pengasih tanpa membawa MyKad, pakaian termasuk gitar
kesayangannya. Saya tidak tahu motif dan di mana dia berada sekarang,” kata Yang
Dipertua Persatuan Pengasih Malaysia Datuk Yunus Pathi Mohd.
Beliau
yang dihubungi wartawan semalam berkata, vokalis kumpulan Slam, ZamaniIbrahim,
44, disedari hilang dari pusat pemulihan dadah Rumah Pengasih di Jalan Syers Off
Lebuhraya Mahameru di sini, jam 10.26 malam kelmarin, dengan menaiki sebuah
kereta berwarna putih.
Menurutnya,
dia menganggap penyanyi itu cuba melarikan diri berikutan tindakannya itu tidak
dimaklumkan kepada kakitangan pusat berkenaan.
“Tindakannya
itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di Rumah Pengasih. Saya
terpaksa membuat laporan polis kerana bimbang Zamani diculik
atau perkara buruk berlaku ke atasnya.
“Bagaimanapun Zamani bertindak
menghubungi saya tadi (semalam) dan memaklumkan akan datang semula ke Rumah
Pengasih Isnin depan,” katanya.
Dapatkan
akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
0 Response to "Gambar Rakaman CCTV Zamani Slam Lari Dari Rumah Pengasih"
Post a Comment