Menurut laman berita NetEase, insiden berlaku
apabila sebuah trak yang penuh berisi pasir muncul di sebatang jalan untuk kerja
menurap.
Seorang wanita dikenali sebagai Sun Qiuying
bagaimanapun, menghalang kerja tersebut dengan duduk di tengah-tengah jalan.
Aksi itu membuat Sun dan pemandu lori dikenali sebagai Zhao Xijue, bertengkar
hebat.
Bengang apabila Sun tetap berdegil, Zhao naik
kembali ke atas trak sebelum menumpahkan pasir dalam trak yang dibawanya ke atas
Sun.
Sebaik mengetahui apa berlaku, keluarga Sun
bergegas datang menyelamatkannya. Dia dikatakan pengsan ketika dikejarkan ke
hospital.
Rata-rata penduduk berkata, mereka percaya Zhao
adalah ‘tali barut’ pemerintah tempatan yang mahu memaksa Sun membenarkan jalan
tersebut diturap meskipun mendapat bantahan ramai.
Zhao bagaimanapun sudah pun ditahan dan dipenjara
10 hari selain dikehendaki membayar denda. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "HANYA KERANA KES TURAP JALAN, WANITA DIKUBUR HIDUP-HIDUP"
Post a Comment