Jabatan
Alam Sekitar (JAS) menafikan kewujudan fenomena 'jerebu kuning' seperti yang
tersebar di media sosial.
Dalam kenyataan
semalam, JAS memaklumkan pemantauan mendapati bacaan kepekatan karbon monoksida
adalah rendah dan tidak menyebabkan fenomena berkenaan.
"Bacaan
kepekatan karbon monoksida itu kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality
(Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35
mikrogram per meter padu (1 jam).
"Ia tidak
menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning," menurut JAS dalam kenyataan,
sekali gus menjelaskan maklumat yang disebarkan mengenai fenomena jerebu.
JAS
menarik perhatian Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia merupakan pengukuran
kesan kepekatan pencemar utara pencemar utama -- habuk halus bersaiz kurang dari
10 mikrometer (PM10); karbon monoksida; sulfur dioksida; nitrogen dioksida dan
ozon mengikut piawaian antarabangsa.
-
Bernama
video
jerebu kuning di palangkaraya kalimantan tengah
0 Response to "JEREBU KUNING BAKAL MENIMPA MALAYSIA"
Post a Comment