JOHOR BAHRU – Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail
Sultan Ibrahim bertitah bahawa pandangannya mungkin dilihat bertujuan untuk
mencetuskan sentimen kenegerian, namun sebenarnya perhatian baginda hanyalah
khusus pada rakyat Johor.
“Beta bakal mewarisi takhta negeri Johor
dan tanggungjawab utama beta semestinya terhadap rakyat jelata. Malaysia sangat
penting, tetapi negeri Johor dan JDT akan sentiasa menjadi prioriti utama
beta,” titah baginda.
Dalam satu wawancara bersama portal berita bola
sepak tempatanFourthOfficial.com, baginda bertitah: “Rakyat
berhak untuk mengetahui bahawa segala masalah yang berlaku dalam negara kita
pada hari ini, tiada kena-mengena dengan institusi DiRaja negeri
Johor.
“Selama ini, ternyata kami telah berjaya berdiri
teguh atas kaki sendiri serta berdaya usaha. Malah, kami hanya menyertai
Persekutuan Malaya selepas persetujuan antara dua pihak tercapai berdasarkan
beberapa terma asas.
“Dan jika salah satu daripada syarat tersebut
dilanggar, maka kami ada hak untuk menarik diri daripada negara ini. Masyarakat
di luar sana mungkin boleh menuduh beta sengaja mengeluarkan kenyataan
provokasi.
“Tapi pada beta, beta hanya melakukan tugas
sebagai bakal Sultan negeri Johor, serta mengingatkan mereka tentang sejarah dan
warisan yang ditinggalkan bumi bertuah ini,” titah baginda lagi,
panjang lebar.
Pada Jun lalu, adinda Tunku Ismail, Tunku Idris
Sultan Ibrahim telah mencetuskan kontroversi apabila baginda memuat naik tulisan
berunsur amaran bahawa Johor mungkin akan menarik diri daripada Malaysia,
menerusi akaun Instragram miliknya.
Dalam kiriman yang kini telah dipadamkan, putera
itu bertitah bahawa negeri tersebut telah bersetuju untuk menyertai Persekutuan
Malaysia pada tahun 1946 dengan beberapa syarat.
Ini termasuklah menjadikan agama Islam sebagai
agama rasmi negeri Johor, hak mutlak negeri terhadap isu air dan darat, serta
kerabat negeri dibenarkan untuk mempunyai angkatan tenteranya
sendiri. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "JOHOR ADA HAK KELUAR DARI MALAYSIA - TMJ"
Post a Comment