SHAH
ALAM - Wanita yang mempunyai minat terhadap vape dan memuat naik gambar mereka
sedang vaping di media sosial seringkali dikecam oleh netizen yang menganggap
perbuatan itu tidak molek. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan wanita beragama
Islam.
Memetik
temubual wartawan The Malaysian Insider dengan beberapa pengguna Vape di
Festival Vape Shah Alam di Shah Alam Convention Centre (SACC) semalam,
menegaskan menghisap vape bukanlah sesuatu yang salah.
"Perempuan
dengan lelaki sama saja. Kalau untuk perempuan tak elok kenapa lelaki elok pula?
Kami bukan buat jenayah," kata Natasha Elina, 23, yang kesal tanggapan
masyarakat yang tidak adil terhadap mereka.
"Saya
dulu hisap shisha dan kini beralih ke vape. Tetapi kalau di tempat yang ada
ramai orang tua, kalau boleh janganlah hisap," katanya yang bekerja sebagai
pembantu peribadi.
Bagi
Farah Hana Syazwani, 21, pula berpendapat, tiada salahnya jika perempuan minat
dan menghisap rokok elektronik itu.
"Itu
terpulang pada individu. Kalau perempuan bertudung hisap rokok, lagilah nampak
teruk. Baik hisap vape," katanya sambil tersenyum.
Dua
gadis yang temui pula mengaku apabila mereka beralih ke rokok elektronik, ia
banyak membantu mereka untuk berhenti dari merokok.
"Saya
nak berhenti merokok dan saya suka dengan banyak perisa vape. Sehingga sekarang
saya hanya hisap vape, tiada lagi melayan rokok tembakau. Lagipun kesan hisap
rokok lebih teruk dari vape. Jadi apa masalahnya kan," ujar Tasha, 20, jurujual
sambilan di festival tersebut.
"saya
tak ketagih vape pun. Saya dah lama menghisap rokok, jadi sekarang baru nak
belajar hisap vape. Kalau ada vape, saya kurang hisap rokok," kata Umi Kalsom,
21, pelajar kolej swasta.
Rata-rata
wanita yang menghisap vape menyatakan rokok elektronik itu memberikan kepuasan
kepada mereka dengan pelbagai perisa selain dari bau yang harum. Dari segi kos
pula, mereka berpendapat ia lebih menjimatkan kerana ada model vape yang mampu
milik dan kos penyelenggaraannya rendah. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to ""KALAU PEREMPUAN TAK ELOK KENAPA LELAKI ELOK PULA?""
Post a Comment