KUALA LUMPUR - Keputusan Kerajaan yang
sebulat suara untuk tidak akan mengharamkan Vape, memberikan perkhabaran yang
baik pada penggemar rokok elektronik berkenaan.
Perkara itu disahkan
sendiri oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob di laman Facebooknya.
Dalam status berkenaan, beliau menyatakan
kabinet telah sebulat suara untuk tidak mengharamkan penggunaan vape selepas
mengambil kira aspirasi anak muda.
Selasa lalu, Menteri Kesihatan Datuk
Seri Dr S. Subramaniam menegaskan Putrajaya akan mengharamkan Vape berikutan
penggunaan rokok elektronik itu semakin menjadi trend.
Cadangan
mengharamkan Vape itu disuarakan berikutan Kementerian Kesihatan bimbang
penggunaannya akan menjadi isu besar dan pihak KKM perlu mengambil langkah awal
untuk membendung rokok elektronik tersebut.
0 Response to "KERAJAAN AKAN DAPAT UNDI DARI VAPOR KERANA TIDAK MENGHARAMKAN VAPE"
Post a Comment