
Kuala
Lumpur: Hati siapa tidak sedih apabila mengetahui diri yang semakin meniti usia
senja bukan saja menderita akibat virus berbahaya Sindrom Kurang Daya Tahan
Melawan Penyakit (AIDS), malah terpaksa meneruskan sisa kehidupan sebagai
gelandangan sejak enam tahun lalu.
Menceritakan sisi gelap hidupnya,
gelandangan yang hanya mahu dikenali sebagai Sudin, 60, berkata, dia berasal
dari ibu negara, berpendidikan sehingga ke peringkat Malaysia Certificate
Education (MCE) dan juga anak pertama daripada empat beradik.
Bekas mak
nyah yang hidup bergelandangan di sekitar ibu kota ‘bersama’ penyakit AIDS
dihidapinya itu mengakui mempunyai naluri songsang sejak berusia belasan
tahun.
“Ketika remaja, naluri hati saya sememangnya ke arah songsang
kerana lebih meminati lelaki. Setiap kali melihat lelaki, saya akan
teruja.
"Ia turut diketahui keluarga saya yang berfikiran terbuka dengan
anak-anak.
“Keluarga ketika itu menganggap saya sebagai lelaki lembut.
Namun, peristiwa hitam bermula pada usia saya 16 tahun apabila terlanjur
melakukan hubungan sejenis dengan jiran sendiri.
Sejak hari itu, naluri
jalan belakangnya semakin membuak..
Sumber: metro
0 Response to "Lelaki Ini Terima Pengajaran Yang Mungkin Tidak Mampu Dilupakan Selepas Terlanjur Dengan Jiran Sendiri"
Post a Comment