KUALA LUMPUR – Misteri kehilangan penghibur tersohor, Anita Sarawak selama hampir tiga tahun sejak 2012 akhirnya terjawab semalam apabila dia dikhabarkan berada dalam keadaan sihat dan kini menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Adik
Anita yang juga pelakon, Noorkumalasari Mohamed Taib (gambar kecil), 59,
mendedahkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Seksis dan Tragedi Buah Epal itu
mengambil keputusan untuk menyepi dan meninggalkan Malaysia kerana nekad bersara
daripada dunia hiburan.
Malah,
Noorkumalasari berkata, Anita yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran
yang ke-63 pada Rabu lalu juga menafikan perceraiannya dengan Mahathir Abdullah
seperti yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sebelum ini.
Perkahwinan
Anita dengan Mahathir sudah mencecah 14 tahun selepas bernikah sejak 2001.
“Saya
ada menghubungi Anita dua bulan lalu dan bertanya tentang kesahihan berita
perceraiannya dengan Mahathir.
“Anita
berkata, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah kerana beliau kini masih bahagia
bersama suaminya di Las Vegas.
“Dia
juga sudah pencen dan tidak akan menyanyi lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
yang berusaha menjejaki penyanyi itu sejak seminggu lalu.
Noorkumalasari
yang sebelum ini mengunci mulut daripada berkongsi kisah mengenai Anita turut
memberitahu, Anita tidak merancang untuk pulang ke tanah air dalam masa terdekat
kerana selesa tinggal di Las Vegas sambil menguruskan perniagaan bersama
Mahathir.
0 Response to "MENYEDIHKAN.. KEHILANGAN ANITA SARAWAK BERTAHUN-TAHUN AKHIRNYA TERJAWAB"
Post a Comment