Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk
Noorizah Abd Hamid berkata langkah itu diambil selepas kajian teliti dibuat
terhadap lorong tambah nilai yang sering sesak dan mengganggu kelancaran
lorong-lorong elektronik yang lain.
“Tindakan ini perlu dilaksanakan bagi
mengurangkan kekerapan orang ramai membuat urusan tambah nilai di lorong tambah
nilai di Jambatan Pulau Pinang,”katanya dalam kenyataan di sini, hari
ini.
Walau bagaimanapun, Noorizah berkata pelaksanaan
ini dikecualikan untuk tambah nilai motosikal sedia ada yang mana pengguna masih
boleh membuat urusan tambah nilai serendah RM5.
Katanya pengguna masih boleh menambah nilai
serendah RM10 dan tanpa caj di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di bangunan pejabat
Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Juru, Sungai Dua atau Plaza Tol Kubang
Semang.
“Orang ramai juga boleh menambah nilai kad
elektronik mereka di lebih 580 lokasi tambah nilai yang lain di sekitar Pulau
Pinang termasuklah mesin-mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka 24 jam, pasar
raya terpilih dan lain-lain lagi,” katanya.
Kutipan tol secara elektronik dilaksanakan
sepenuhnya di lima buah plaza tol di utara iaitu di Plaza Tol Jambatan Pulau
Pinang, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kubang Semang dan Lunas bermula 9 Sept lepas. –
BERNAMA
0 Response to "MINIMUM RM50 TAMBAH NILAI DI TOL JAMBATAN P.PINANG"
Post a Comment