
Mungkinkah ada makhluk luar angkasa yang datang dan
pernah melawat Bumi? Bagi sebahagian orang mungkin akan menggelengkan kepala,
petanda tidak.Tetapi tidak dinafikan, banyak sekali pemerhatian yang dikatakan
aneh dan misteri.
Sebuah vidoe memperlihatkan, jika ada sebuah benda
misteri telah tertangkap kamera jatuh ke bumi, bukan dalam bentuk komet atau
asteroid yang jatuh dengan kelajuan tinggi, dan terbakar di udara, tetapi dalam
bentuk bola api raksasa.
Video pendek yang ditangkap di atas langit
Argentina ini, berlaku pada awal bulan dan baru sahaja dimuat naik ke YouTube.
Perkara ini tentu banyak memberikan tanda tanya, terutama pemerhati benda asing
dan UFO, 'apakah kita kedatangan tetamu?'
Menurut pemerhati UFO, penduduk
tempatan di Frias terkejut melihat bola api, yang dan pada awalnya mengira itu
hanya sebuah meteor.
Namun, para pakar mengatakan bahawa sebahagian besar
batuan ruang angkasa terbakar dengan cepat, ketika mereka memasuki atmosfera
bumi. Sementara rakaman ini menunjukkan UFO terbakar selama lebih dari tiga
minit.
Objek yang muncul, juga kelihatan mengubah arah di tengah jalan
yang terlihat dalam video, yang telah meninggalkan banyak kekeliruan di antara
mereka yang melihatnya.
Benda yang diduga UFO tersebut, tidak hanya
terlihat di Argentina hari itu, tetapi juga di Brazil.
"Apa yang kita
lihat adalah seperti meteor. Di rumah saya, kami semua terkejut. Di langit itu
kelihatan seperti titik cahaya memancar dan bergerak dari satu sisi ke sisi
lain," kata salah satu penduduk tempatan.
"Ini bukan pertama kalinya
berlaku tahun lalu ini kami melihat sesuatu yang sama ..," kata penduduk
lain.
Penampakan UFO kali ini menimbulkan banyak sekali teori konspirasi,
dan banyak yang menyimpulkan jika bumi sedang diceroboh
alien.
0 Response to "Misteri Bola Api Raksasa Melintasi Ruang Udara Brazil"
Post a Comment