Kluang: Pemandu teksi berusia 68 tahun ditemui selamat petang tadi selepas tiga hari hilang berikutan teksinya terjatuh ke dalam gaung dalam kejadian di Taman Seri Kluang, Selasa lalu.
Mangsa, Johar Kassim ditemui kira-kira 4 petang tadi sebelum usaha membawanya keluar dilakukan oleh anggota bomba.
Penolong Kanan Penguasa Bomba Kluang, Akob Sedek berkata, sebuah jentera bersama enam anggota ke lokasi kejadian .
"Setibanya dilokasi kejadian, seorang lelaki ditemui tidak mampu bergerak kerana keletihan.
"Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom Kluang dan keadaannya stabil," katanya. lapor myMetro
0 Response to "Misteri Kehilangan Pemandu Teksi Selama 3 Hari Akhirnya Terjawab"
Post a Comment