Kuala Lumpur: Percubaan kali pertama Bahagian
Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menggunakan
motosikal ketika operasi pondan di sekitar ibu negara lewat malam kelmarin
membuahkan hasil selepas berjaya menahan 14 orang yang dikesan menjalankan
kegiatan tidak bermoral.
Dalam operasi selama lima jam itu, ternyata tugas
anggota penguat kuasa menggunakan motosikal untuk memantau pergerakan pondan di
Lorong Haji Taib, Jalan Ipoh dan Pasar Pudu menjadi lebih mudah kerana mereka
tidak dapat melarikan diri seperti siri operasi sebelumnya.
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian
Penguatkuasaan JAWI Wan Jaapar Wan Ahmad berkata, sebanyak enam motosikal yang
baru diterima pihaknya digunakan untuk membantu operasi besar-besaran memburu
pondan di sekitar ibu negara dalam usaha membanteras kegiatan
terbabit.
Katanya, sasaran utama pihaknya kini ialah untuk
mencapai pondan sifar di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan
bagi membersihkan beberapa lokasi yang dikesan menjadi tumpuan pondan untuk
‘berniaga’ sejak beberapa tahun lalu.
“Ini kali pertama kita menggunakan motosikal dalam
operasi. Alhamdulillah, nampaknya berkesan. Kita juga mahu memastikan kawasan di
ibu negara tidak dicemari dengan perbuatan terkutuk oleh orang Islam dan kita
yakin boleh mencapainya dalam masa terdekat berdasarkan beberapa operasi berkala
yang dilakukan.
0 Response to ""MOTOSIKAL JAWI HAMBAT PONDAN?""
Post a Comment