Johor Baharu – Seorang wanita warga emas maut selepas terjatuh dan dilanggar lori pasir ketika sedang melintas di jalan Kangkar Tebrau, di sini hari ini.
![]() |
Ngeri... Wanita Warga Emas Maut Dilanggar Lori Ketika Melintas Jalan |
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Tan Mee Mee, 64, meninggal dunia akibat tersepit di celah tayar lori pasir berkenaan.
“Kejadian dipercayai berlaku ketika Mee Mee sedang berjalan kaki pulang dari sebuah kedai ke pusat jagaan warga emas yang didiaminya tidak jauh dari tempat kejadian.
“Dia dikatakan terjatuh ke atas jalan sebelum dilanggar tayar kiri sebuah lori pasir tanpa muatan seberat 10 tan,” katanya hari ini.
Sulaiman berkata, Mee Mee mengalami kecederaan parah di pinggang dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Ismail, di sini untuk bedah siasat, lapor Bernama
0 Response to "Ngeri... Wanita Warga Emas Maut Dilanggar Lori Ketika Hendak Melintas Jalan"
Post a Comment