Heboh seketika apabila
beberapa hari lalu, timbul cerita yang kurang enak tentang Zizan Razak dan juga
Kamal Adli. Zizan Razak juga dikatakan enggan bergandingan dengan Kamal Adli
bagi membintangi filem Abang Long Fadil. Menurut Kamal Adli, beliau tidak
mempunyai sebarang masalah dengan pelawak Zizan Razak malah terkejut apabila
namanya diugurkan dari membintangi filem arahan Syafiq Yusof
itu.
Terkini Datuk Yusof Haslam
tampil memberi pengesahan bahawa Kamal Adli digugurkan daripada senarai pelakon
filem berkenaan yang akan memulakan penggambaran pertengahan bulan
depan.
Menurut Yusof, keputusan
menggugurkan Kamal yang juga pelakon utama Abang Long Fadil tahun lalu dibuat
atas pertimbangan untuk memudahkan proses penggambaran filem itu nanti selain
mahu mengelak sebarang konflik ketika penggambaran kerana rasa kurang selesa
yang dikatakan wujud di antara mereka.
“Apa yang berlaku antara
mereka rasanya tidak perlulah saya ulas lanjut. Sebagai penerbit saya perlu
memikirkan jalan terbaik untuk kebaikan semua pihak dan kelancaran produksi ini
nanti.
“Saya tidak mahu wujud
perasaan kurang selesa atau konflik dalaman timbul apabila mereka terbabit dalam
penggambaran nanti,” katanya.
Yusof mengumumkan perkara itu
sebagai reaksi tindakan Kamal dan Zizan berbalas kenyataan di media mengenai isu
terbabit, baru-baru ini. - SUMBER GOSIPMALAYSIA
0 Response to "Panas! Punca Kamal Adli Digugurkan Dari Filem Abang Long Fadil Didedahkan"
Post a Comment