
Kekurangan kepada
pada wajahnya tidak sesekalipun menghadirkan rasa malu kepada diri Rita Husni
Mat Nordin, 39, yang menghidap penyakit Neurofibromatosis atau ketumbuhan di
bahagian muka.
Memetik laporan Harian Metro, beliau yang merupakan
Penolong Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Kelantan berkata, dia tidak pernah
menganggap ini satu kekurangan, sebaliknya ia adalah kelebihan
buatnya.
"Saya tidak pernah malu dengan keadaan diri, malah kekurangan
ini beri kelebihan kepada saya untuk memberi motivasi kepada golongan remaja
supaya bersyukur dan berusaha untuk berjaya,” kata
Wanita
berkejaya ini yang juga merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki berusia
enam tahun itu berkata, pekerjaannya memerlukan dia berjumpa dengan ratusan
orang setiap hari, namun dia tidak pernah merasa rendah diri.
“Kebanyakan
orang yang menemuinya buat pertama kali akan berasa pelik dan bertanya, namun
saya sudah lali dengan pelbagai pertanyaan dan tidak lokek memberi penerangan
kepada sesiapa saja sehingga mereka faham.
“Kekurangan ini juga turut
memberi rezeki kepada saya apabila mendapat pekerjaan yang baik dalam jabatan
kerajaan sejak lapan tahun yang lalu,” katanya ketika ditemui di Wisma
Persekutuan di sini, semalam.
Rita Husni berkata, dia mula menghidap
penyakit itu sejak berusia empat tahun. - Siakapkeli
0 Response to "Pelik Tapi Benar - Apabila Buang Satu, Banyak Lagi Akan Tumbuh (2 Gambar)"
Post a Comment