Chelsea
Ake, 24, pengurus Rejuvenice di Henderson, Nevada, ditemui mati oleh
pekerjanya.
Siasatan
mendapati kemungkinan Ake menggunakan mesin berkenaan tanpa bantuan pembantunya
dan lemas ketika berada di dalamnya.
Dia
dikatakan berada di dalam mesin berkenaan keseluruhannya selama 10 jam.
Cryotherapy merupakan
alternatif kepada air sejuk atau ais tetapi mesin itu tidak boleh digunakan
lebih 3 minit disebabkan suhunya boleh mencecah sehingga -240.
Ia
digunakan untuk merawat pelbagai kerosakan tisu dan sering digunakan oleh ahli
sukan yang mengalami kecederaan otot. Mesin tersebut membantu pemulihan
kesakitan harian, radang, tenaga dan tekanan berkaitan.
Menurut
kawannya, Shae-Lynn Bee, berkata, Ake berasal dari Hawai dan kematiannya amat
mengejutkan.
“Chelsea
merupakan segala-galanya kepada saya. Dia adalah kawan baik saya dan saya pasti
akan merinduinya,” kata Bee yang kecewa kerana tempat berkenaan tidak
mempunyai kamera CCTV. – MYNEWSHUB.CC
0 Response to "PENGURUS SALON MATI BEKU DALAM MESIN CRYOCHAMBER"
Post a Comment