Pelakon Jasmin Hamid memang terkenal dengan
kejelitaannya yang mengalahkan anak dara tidak kira dari segi rupa paras mahupun
bentuk badan yang menjadi idaman ramai.
Bagaimanapun, Jasmin Hamid tetap tidak terkecuali
diberi teguran dan nasihat oleh para peminat dan pengikut laman sosialnya agar
berubah ke jalan yang lebih diredhai serta berhijab.
Apa yang menarik perhatian Jasmin apabila salah
seorang pengikutnya yang cuba untuk memberi teguran akan aurat rambutnya yang
mungkin bagi dirinya agak keterlaluan. Apa katanya?
Mungkin agak tidak boleh diterima apabila disamakan
dengan kemaluan, Jasmin Hamid lantas memuat naik status sebagai respon kepada
cubaan peminatnya untuk memberi nasihat.
Janganlah hanya kerana saya berdiam diri, anda boleh tulis apa sahaja di wall saya ataupun private massage saya tanpa memikirkan hati dan perasaan saya hanya kerana saya belum lagi berhijap?Adakah kerana anda yang sudah berhijap,dengan sewenang-wenangnya boleh berkata apa sahaja?Adalah lebih baik anda mendoakan kebaikan tanpa beritahu kepada sesiapa. Kerana bersabarlah saya hanya berdiam diri dan saya hanya berserah kepada Allah dan Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya yang hina ini..
Sama-samalah kita mendoakan agar lebih ramai artis
tanah air kita sedar akan larangan dan tetapan yang telah diberikan oleh
ALLAH.
Nasihat itu penting, namun biarlah ia secara
berhemah dan tidak mengguris mana-mana pihak kerana dakwah yang berhemah
akhirnya akan membuka hati setiap daripada kita, wallahualam.
0 Response to "RESPON JASMIN HAMID, SEMOGA DIBERI HIDAYAH"
Post a Comment