Nampaknya kisah turun naik mahkamah vokalis kumpulan Wings, Awie dengan isterinya, Rozana Misbun masih belum menemui titik noktah apabila Rozana bertindak memfailkan permohonan interim nafkah anak di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, Awie memberitahu
tindakan Rozana itu sengaja dilakukan untuk mengganggu tumpuannya terhadap
Konsert Wings 30 Tahun yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu
ini.
Malah, menurut Awie, tuntutan
berkenaan sengaja dilakukan untuk menjahanamkannya. Fuh! Panas ni.
Pada saya tindakannya secara mengejut menghantar surat tentang prosiding permohonan nafkah interim anak sengaja mahu menggangu perhatian saya terhadap konsert pada Sabtu ini.Dia bukan tidak tahu pada saat ini saya sibuk dengan latihan menjelang konsert yang berbaki dua hari lagi dan ini cubaan dia untuk menjahanamkan saya.
Selain itu, Awie turut
mempertikaikan kegagalan Rozana untuk hadir ke mahkamah sekiranya dia
benar-benar ingin mendapatkan hak anak-anak.
Jika dia benar-benar ingin mempertahankan hak anak-anak sepatutnya dia hadir ke mahkamah tetapi apa yang saya lihat dia tidak serius dan cuba lari dari kenyataan.Dia tidak ada hati pun sebenarnya hendak mendapatkan anak-anak cuma mahu menggangu karier saya sahaja.
Terdahulu, Awie menerusi
peguamnya, Mohd Syafiq Norizan akan mengemukakan bantahan awal terhadap
permohonan isterinya selaku pemohon yang memfailkan tersebut di mahkamah pada 21
Oktober lalu.
Rozana dalam tuntutannya
meminta responden iaitu Awie membayar wang nafkah bulanan, perayaan, tempat
tinggal, persekolahan dan kos pembantu rumah untuk dua anak mereka iaitu Putra
Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha yang kini dibawah jagaannya.
Sumber: mStar
Online
via paparazzi.my
0 Response to "Rozana Misbun Sengaja Nak Ganggu Karier Awie?"
Post a Comment