Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau bukan ‘gunting dalam lipatan’ ataupun ‘api dalam sekam’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
![]() |
Saya bukan ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘api dalam sekam’ kepada PM – Muhyiddin |
Timbalan Presiden UMNO itu juga menegaskan beliau tidak pernah berniat jahat untuk menjatuhkan Najib ataupun kerajaan.
Katanya, teguran terhadap 1MDB dan dana RM2.6 bilion kerana beliau sayangkan UMNO dan mahu mempertahankan parti daripada kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan (Najib) kerana saya dalam dewan (Dewan Rakyat) dan dengar ucapan itu… dan saya bukan gunting dalam lipatan.
“Saya hanya berjumpa secara berhadapan dan takkanlah sebagai Timbalan Presiden UMNO tiada tanggungjawab biarkan begitu sahaja….macam si luncai terjun dengan labunya, saya tak rela buat begitu…..Saya sayangkan UMNO,” katanya dalam satu Forum Bicara Minda: Berani Kerana Benar di Sinar TV.
Muhyiddin berkata demikian apabila ditanya adakah beliau yang dimaksudkan gunting dalam lipatan dan api dalam sekam yang menjadi bahan sindiran Najib dalam penggulungan Bajet 2016.
Dalam ucapan sebelum menutup pembentangan Bajet 2016, Najib membidas perbuatan segelintir pihak berkenaan yang menurutnya cuba memporak-perandakan negara sehingga hampir memusnahkan apa yang terbina selama ini.
Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan, walaupun beliau sudah digugurkan daripada Kabinet namun hubungan dengan Najib tetap baik.
“Hubungan saya secara peribadi dengan Najib masih baik, dan saya tiada masalah dengan dia (Najib),” katanya ringkas.
Muhyiddin turut menekankan pemimpin yang baik mesti mempunyai sifat amanah dan ikhlas dalam memperjuangkan parti.
“Orang takkan bersama kita kalau kita tidak amanah, apalagi jika kita dilihat disalut rasuah hal perbuatan kemungkaran,” katanya.
0 Response to "Saya bukan ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘api dalam sekam’ – Muhyiddin"
Post a Comment