London:
Segelung rambut dikatakan milik Puteri Diana dilelong di Amazon dengan harga
AS$1,200 (RM4,970).
Penjualnya
mendakwa membingkaikan ‘beberapa helai’ rambut itu bersama gambar puteri
berkenaan yang turut ditandatangani.
Dia
turut menyertakan sedikit maklumat mengenai barangan itu.
“Barangan
ditawarkan ini adalah potongan daripada rambut Puteri Diana dan bingkainya saja
bernilai ratusan dolar,” katanya.
Dia
menegaskan rambut itu ‘100 peratus tulen’ dengan memuatkan maklumat mengenai
bagaimana dia memperoleh rambut berkenaan daripada penjual sah.
- Harian Metro
0 Response to ""SEGELUNG RAMBUT PUTRI DIANA DILELONG DENGAN HARGA AS 1,200""
Post a Comment