Pengikut tersebut yang menggunakan nama samara 'kupu__kupu' telah meninggalkan komen "mana gambar anak you.. langsung tak tunjuk. macam tak wujud pulak.. selalu orang happy nak tunjuk amanah Allah bagi."
Bagaimanapun keterujaan 'kupu__kupu' yang mahu isteri kepada pelakon dan pengarah Yusry Abdul Halim itu berkongsi foto bayi perempuan mereka, Yahaira Leanne telah disalaherti oleh pengikut lain.
Kebanyakan mereka menegur 'kupu__kupu' dan mempertahankan hak Lisa untuk mempamerkan wajah anaknya atau tidak.
Bagaimanapun Lisa tidak memberi sebarang komen balas kepada 'kupu__kupu'. Sebelum ini, Lisa pernah memberi amaran kepada individu yang telah membuka akaun palsu yang menggunakan nama 'Yahaira Leanne'.
SUMBER: www.myartis.com
0 Response to "TAK KONGSI GAMBAR ANAK - LISA SURIHANI DIPERTIKAIKAN OLEH PEMINAT"
Post a Comment