Bukan saja terketar-ketar ketika mengacukan
pistol, malah seorang penjenayah hanya menggunakan beg plastik untuk
mengisi barang kemas bernilai lebih RM10,000 sebelum melarikan diri dari sebuah
kedai emas di Kubang Semang, di sini, Jumaat.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari, mangsa yang
mahu dikenali sebagai Ghor, 46 tahun, dan isteri berada di belakang kaunter
sebelum didatangi lelaki berkenaan yang lengkap memakai topi keledar dan topeng
muka.
Ghor berkata, lelaki itu mengacukan pistol tepat ke mukanya yang duduk sebelum mengarahkannya mengambil beg plastik yang digantung di belakangnya.
“Dia mengugut menyuruh saya mengambil beberapa utas rantai leher yang dipamerkan dalam rak pameran dan memasukkannya ke dalam beg plastik putih.
“Ketika itu, saya melihat tangannya terketar-ketar memegang pistol dan tidak pasti sama ada ia senjata palsu atau tidak kerana terlalu bimbang ditembak,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Menurutnya, dia hanya mengikuti saja arahan penjenayah dengan mengambil sekurang-kurangnya enam rantai emas yang dilarikan lelaki itu.
Katanya, penjenayah itu mengambil masa kurang seminit untuk melakukan jenayah sebelum melarikan dengan menaiki sebuah kereta yang menunggunya di luar kedai.
“Saya tidak sempat mengecam kereta dinaiki lelaki itu kerana pada mulanya menyangkakan dia menunggang motosikal.
“Sejurus selepas itu, saya menghubungi pihak berkuasa dan memberikan keterangan berhubung kejadian itu. Ini kali kedua kedai saya disamun sejak 13 tahun berniaga, di sini,” katanya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

– myMetro Online
0 Response to "Terketar-Ketar Acu Pistol & Beg Plastik Rompak Kedai Emas"
Post a Comment