Kuala Lumpur: Wanita mangsa
pukul beberapa wanita lain di Kelantan yang rakaman videonya ‘viral’ beberapa
hari lalu meminta supaya sesiapa yang memiliki video berkenaan tidak lagi
menyebarkannya kerana dia menanggung malu, sedih, malah kesan sakit akibat
dipukul masih terasa sehingga kini.
Wanita dikenali sebagai Nila,
22, dan mempunyai seorang anak berusia dua tahun itu berkata, dia sedar video
berkenaan tersebar meluas, namun tiada apa yang boleh dilakukan melainkan
berharap penyebaran video itu dihentikan.
“Sakit kepala memikirkannya.
Sakit di kepala juga masih terasa kerana mereka pukul kepala
saya.
“Pada masa sama, perut juga
masih terasa sakit kerana mereka juga pukul perut saya,” katanya ketika
dihubungi di sini, hari ini.
Tiga bahagian video pergaduhan
berkenaan tersebar dengan video bahagian ketiga paling menyedihkan dan
mengaibkan.
Tiga daripada wanita berusia
20-an yang membelasah Nila sudah ditahan, manakala dua lagi wanita yang dikenali
sebagai Nija dan Mokbiey masih diburu polis.
Kejadian berlaku di Wakaf Mek
Zainab, Kota Bharu, 15 Oktober lalu.
Nila berkata, dia kini tinggal
bersama ayahnya.
Ditanya adakah keluarganya
akan menyaman wanita yang membelasahnya, Nila tidak tahu.
“Saya tunggu semuanya reda
dulu,” katanya.
Harian Metro pada Jumaat
melaporkan, Nila mendakwa tidak bersalah dalam hal itu, sebaliknya menjadi
mangsa keadaan.
“Disebabkan kejadian itu saya
takut untuk keluar rumah dan trauma hingga kini,” katanya.
Menurut Nila, dia tiada upaya
melawan kembali perbuatan wanita terbabit kerana keseorangan, selain dikeliling
ramai rakan wanita berkenaan.
Walaupun teruk dibelasah, ibu
anak satu itu bersyukur kerana tidak mengalami kecederaan teruk, sebaliknya
menerima rawatan pesakit luar di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II),
Kota Bharu.
“Kes dalam perhatian pihak
berkuasa dan saya tidak mahu mengulas lanjut. Saya menyerahkan sepenuhnya kepada
polis untuk menyiasat dan bersyukur mereka ditahan.
“Saya berharap mendapat
pembelaan sewajarnya kerana yakin tidak bersalah dalam hal ini. Semua yang
terjadi akibat rasa tidak puas hati dan salah faham,” katanya.
Menceritakan kejadian itu,
Nila berkata, sebelum insiden, dia dipukul wanita sama pada 13 Oktober kerana
rasa tidak puas hati, namun tiada pihak merakam kejadian itu.
“Kerana masih tidak puas hati,
dia mencari saya lagi ketika saya ke Wakaf Mek Zainab untuk ke rumah rakan.
Ketika itu saya menunggu di dalam kereta dan secara tiba-tiba diheret
keluar.
“Mereka pukul saya dengan
teruk dan merakam kejadian yang berlaku jam 7 pagi. Saya tak tahu apa yang dia
dendam sangat kerana tidak mempunyai hubungan dengan teman lelakinya seperti
didakwa.
“Saya juga tidak tahu-menahu
mengenai barang kemas yang didakwanya dalam milikan saya. Dia sebenarnya mencari
seorang rakan saya di Kuala Terengganu kerana masalah antara mereka,”
katanya.
- SUMBER HARIAN METRO
0 Response to "'TOLONGLAH, JANGAN SEBAR LAGI..'"
Post a Comment