FENOMENA ‘bandaraya syurga’ yang kelihatan terapung
di langit wilayah Foshan telah menggemparkan ribuan penduduk di China baru-baru
ini.
Penduduk di Jiangxi dan Foshan yang menyaksikan
fenomena itu terkejut selepas menyaksikan bangunan pencakar langit menjulang
tinggi muncul secara tiba-tiba di celah-celah kepulan awan di ruang angkasa
bandar berkenaan selama beberapa saat sebelum hilang.
Fenomena bandar terapung ini juga pernah berlaku
pada tahun 2011 di mana sebuah kota telah kelihatan di wilayah
Huangshan.
Namun menurut pakar kaji cuaca berkata, fenomena
tersebut adalah disebabkan oleh ilusi optik yang dikenali sebagai
Fatamorgana.
Fatamorgana merupakan sebuah fenomena ilusi optik
yang biasa terjadi di tanah lapang yang luas seperti padang pasir.
Proses Fatamorgana ini adalah pembiasan cahaya
melalui kepadatan yang berbeza sehingga ia boleh membuat sesuatu yang tidak ada
menjadi seolah-olah ada di situ.
Keadaan ini biasanya berlaku di tempat-tempat panas
yang seringkali berlaku di gurun pasir, seperti yang sering dipaparkan di dalam
filem, iaitu telapak atau danau yang menyerupai kolam air.
Ini sebenarnya adalah pantulan daripada langit yang
dipantulkan oleh udara panas yang seterusnya berfungsi sebagai
cermin.
Sementara itu, pengendali Youtube Paranormal
Crucible mendakwa, kehadiran kota di atas langit itu juga mungkin percubaan dari
Projek Blue Beam.
Projek Blue Beam adalah satu konspirasi yang
mendakwa Nasa akan mengsimulasikan serangan makhluk asing di Bumi atau
kedatangan Kristus melalui hologram.
Terdapat beberapa pihak juga yang
mendakwa, penampakan bandar terapung itu dilakukan oleh NASA untuk menguji
teknologi holografik.-Mynewshub.cc
0 Response to "(VIDEO) FENOMENA 'BANDAR TERAPUNG' GEMPARKAN PENDUDUK CHINA"
Post a Comment