![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgz_MDprctO28K2Rjc_I0VyYWEjzXPgRqaVbw9DA35DZfCVSHs2wTC1fbI97mCaIUIl9_6Wm6suasAUWThR1h8T03UjhU6yyp2uuOKDshYeE3x8MsSgymQwiL-Tm9aflEMCaovkPfLxrgP4/s640/download+%25283%2529.jpg)
Jakarta: Seorang wakil rakyat dari Parti
Kebangkitan Bangsa (PKB), Arzeti Bilbina dituduh menjalinkan hubungan sulit
dengan seorang pegawai tentera selepas ditangkap berdua-duaan di dalam bilik
hotel di Malang.
Arzeti, 39, bekas model dan kini dilantik
menganggotai suruhanjaya di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengenai hal ehwal
agama, sosial dan wanita.
Tentera Indonesia mengesahkan pegawai yang
ditangkap bersama Arzeti adalah komander pemerintah daerah Sidoarjo, Risky Indra
Wijaya.
“Maklumat ini benar dan kes ini disiasat oleh
polis tentera di Malang,” kata jurucakap tentera, Muhammad Sabrar Fadhilah
.
Polis tentera dilapor menyerbu hotel berkenaan
pagi Ahad lalu selepas terdapat maklumat ada seorang pegawai yang sudah
berkahwin berada di dalam bilik bersama seorang wanita.
Pasangan berkenaan kemudian dibawa ke ibu
pejabat polis tentera untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Arzeti mengakui dia bertemu
Risky kerana urusan perniagaan, tetapi menafikan pertemuan itu berlaku di bilik
hotel.
“Apa yang dilaporkan media sebelum ini adalah
tidak benar dan suami saya juga mengetahui saya bertemu Risky,” katanya.
0 Response to "Wakil Rakyat Khalwat Dengan Pegawai Tentera"
Post a Comment