“Ya, memang saya tampar Kamal, tapi saya tak boleh jelaskan” - Emma Maembong

Ada sesetengah pihak mendakwa gambar Kamal Adli ditampar oleh Emma Maembong itu hanya sekadar gimik. Tetapi Emma mengakui yang dia telah menampar Kamal Adli di sebuah taman rekreasi di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Emma Maembong tampar Kamal Adli
“Ya, Memang Saya Tampar Kamal Adli” - Emma Maembong
"Ya betul, memang saya ada lakukan perkara itu (menampar Kamal). Tapi saya tidak boleh jelaskan sekarang kenapa saya melakukannya," jelasnya.

Menerusi laporan Harian Metro kelmarin, Emma dikatakan telah menampar Kamal ketika mereka sedang bersiar-siar di sebuah taman rekreasi.


Menurut laporan tersebut, kakak kepada Chacha Maembong itu dikatakan cukup bengang dengan gelagat Kamal yang dikatakan telah melihat serta memerhatikan kelibat seorang gadis yang secara kebetulan berada di lokasi yang sama.

Emma Maembong, Kamal Adli
Emma Maembong, Kamal Adli
Emma secara tiba-tiba terus memarahi Kamal lantas menampar jejaka tersebut. Kejadian tersebut telah disaksikan ramai orang dan mereka yang ada di situ terkejut apabila melihat insiden itu.

Emma Maembong, Kamal Adli
Emma Maembong, Kamal Adli
Kamal pula dilaporkan tergamam serta kaku secara tiba-tiba dengan tindakan spontan yang dilakukan Emma.

Sementara itu, Kamal ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut.

0 Response to "“Ya, memang saya tampar Kamal, tapi saya tak boleh jelaskan” - Emma Maembong"

Post a Comment