Semua tahu yang filem Polis EVO adalah filem
terbaik sepanjang tahun 2015 dan merupakan filem tempatan dengan kutipan
tertinggi sepanjang zaman dengan kutipan sebanyak RM 17.30 juta yang mula
ditayangkan 17 September 2015 di seluruh pawagam tanah air dan sekarang sedang
ditayangkan di Astro First.
Memandangkan filem ini mendapat kutipan
tertinggi sepanjang zaman dan ramai yang bercerita tentang kehebatan filem
lakonan mantap Zizan Razak danShaheizy Sam ini, sudah pasti filem ini mendapat
perhatian umum.
Tetapi, tahukah anda filem Polis EVO ini mempunyai kesilapan yang agak
ketara dan dengan kata lain, tidak logik.
1) Khai melompat di tempat yang sangat sempit – Khai melompat ke arah
hadapan kereta dengan jarak yang agak jauh tetapi tidak mengenai kereta
tersebut.
2) Monopod serta handphone Khai ghaib – Selepas membunuh semua penjenayah,
Khai keluar dari kawasan tersebut dengan melenggang dan tangan tidak memegang
apa-apa, sampai di luar kawasan tersebut tiba-tiba Khai menyerahkan monopod
bersama handphone’nya kepada anggota nya yang berada di luar.
3) Inspektor Sani bertugas di kampung sendiri – Agak pelik dan tidak
munasabah bagi seorang anggota polis yang berpangkat Inspektor terus bertugas di
negeri kelahiran sendiri (Terengganu), lebih-lebih lagi berdekatan dengan
kampungnya sendiri. Biasanya, anggota Polis akan bertugas luar dari negeri
sendiri sekiranya baru bertugas. Inspektor Sani mungkin baru bertugas sekitar 4
hingga 5 tahun kerana pangkat masih Inspektor dan usianya yang masih muda.
4) Pegawai Polis simpan baju seragam dan barang-barang peribadi dalam
locker – Seorang pegawai polis yang berpangkat Inspektor seperti Inspektor Sani
dan Inspektor Khai mempunyai bilik pejabat mereka tersendiri. Inspektor Khai
adalah seorang detektif yang membantu tugas Inspektor Sani sudah pasti beliau
tidak memerlukan locker untuk menyimpan baju seragam.
5) Pegawai Polis ditembak bertalu-talu di bahagian dada tetapi cedera
sahaja – Keempat-empat anggota polis di hospital ditembak dengan berdas-das
peluru di bahagian dada, tetapi dilaporkan cedera sahaja. Hebat!
6) Kereta bergerak sendiri tanpa pemandu – Kereta proton Preve yang
mengejar penjenayah terbalik apabila melanggar kereta rakannya sendiri, yang
peliknya kereta tersebut tiada pemandu. Mungkin pemandu sempat keluar dari
kereta tesebut?
7) Tangan Khai kalis asid – Semasa Khai memutuskan tali yang digunakan
penjenayah mengikat tanggannya menggunakan asid sulfurik, asid tersebut sudah
pasti terkena tangannya. Namun, hanya tali tersebut sahaja yang putus dan
tangannya tiada cedera langsung!
8) Telefon tanpa wayar – Telefon di pondok atau markas pemprosesan dadah
berdering semasa polis menggeledah kawasan tersebut. Telefon tersebut tidak
memerlukan wayar memandangkan pondok tersebut di tepi laut dan tiada sebarang
tiang telefon di kawasan tersebut.
9) Serbuan besar-besaran hanya memerlukan 4 anggota sahaja – Selepas
serbuan pertama tidak berjaya bersama-sama Unit Tindakan Khas (UTK), Inspektor
Khai dan Sani membuat serbuan sekali lagi dengan hanya bantuan 2 anggota
sahaja.
10) Bom meletup bawah sampan – Bom yang diletakkan oleh Inspektor Sani dan
rakannya di bawah sampan penjenayah meletup sebaik sahaja sampai di darat. Bom
tersebut diletakkan di bawah sampan, tetapi sampan tersebut kekal sempurna dan
tidak bergoyang sebaliknya bom tersebut meletup di atas sampan.
TEHPANAS – Tahniah kepada filem Polis EVO kerana berjaya mengutip kutipan
tertinggi dan diharap Polis EVO 2 nanti dapat memperbaiki slot dan kesan khas
(CGI) walaupun nampak remeh.
0 Response to "10 Kesilapan MEMALUKAN Dalam Filem Polis Evo, No 9 Tu Paling MEMALUKAN !"
Post a Comment