
Seorang lelaki maut selepas
kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum terbabas menyebabkannya tercampak
jatuh dari jambatan Pulau Pinang di kilometer 0.6 dari arah Pulau ke
Perai.
Kejadian yang berlaku
kira-kira jam 5.49 pagi tadi menyebabkan berlakunya kesesakan jalanraya di atas
jambatan berkenaan kerana jalan ditutup, bagaimanapun ia dibuka selepas operasi
menyelamat dan 2 jam kemudian trafik kembali lancar.
Menurut saksi, mayat mangsa
ditemui berada di atas tanah pantai sedikit berbatu berhampiran tol.
Mayat mangsa dikejarkan ke
hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Pada dua minggu lalu sorang
penunggang motosikal terhumban ke dalam laut selepas mengelak satu kemalangan
yang berlaku di atas jambatan berkenaan, namun dilaporkan selamat kerana jatuh
di atas tanah lumpur lembut. - SUMBER Siakapkeli.my



0 Response to "(4 Gambar) Lelaki Maut Tercampak Jatuh Jambatan Pulau Pinang Selepas Kereta Terbabas"
Post a Comment