
KUCHING ;
Seorang lelaki pertengahan umur maut selepas motorsikal yang ditunggangnya
dirempuh oleh sebuah kereta mewah milik seorang anak orang kenamaan di Jalan Tun
Abang Haji Openg petang tadi.
Mangsa, dikenali sebagai
Ting Yew Kui, 50 sedang menunggang motorsikal jenis Yamaha dikatakan
terpelanting ke arah kawasan perkuburan sebuah gereja berdekatan.







Kedua-dua
kenderaan difahamkan menuju ke arah pusat bandar.
Difahamkan
pemandu kereta jenis Porsche berkenaan dipercayai melarikan diri kemungkinan
ketakutan selepas insiden tersebut yang berlaku sekitar jam 6 petang.
Mangsa
mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di
tempat kejadian.
Menurut
pihak polis trafik yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian mangsa mengalami
pendarahan di kepala sudah tidak bernyawa lagi semasa mereka tiba di lokasi
kejadian.
Mengikut
kad pengenalan diri yang dijumpai di tempat kejadian, mangsa tinggal di Jalan
Brooke Drive,Sibu.
Akibat
perlanggaran tersebut, motorsikal yang ditunggang mangsa rosak teruk selepas
terbabas ke kawasan gereja manakala kereta mewah berkenaan kemek di bahagian
depan selepas melanggar dinding gereja.
Mayat
mangsa telah dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.
Sehingga
berita ini ditulis, pemandu kereta yang terbabit belum lagi menyerah diri ke
balai.
TImbalan
Ketua Polis Daerah Sibu, Supt. Martin Koo ketika dihubungi mengesahkan
kemalangan tersebut masih dalam siasatan pihaknya. Credit SelatanBersatu
0 Response to "(8 Gambar ) Penunggang motosikal maut terpelanting keperkuburan di langgar Porsche"
Post a Comment