Seorang petani bernama Zang
dari desa Gaozhuang, China terkejut apabila menggali halaman belakang rumahnya.
Sebabnya, dia mendapati sebuah gua kristal yang tersembunyi di bawah
tanah.
Menurut Zang, dia sudah cuba menggali lubang sejak tahun 2007
silam. Namun, kerana tekstur tanah yang keras, dirinya berhenti menggali selama
beberapa waktu. Baru pada tarikh 1 Oktober lalu, Zang kembali melakukan
penggalian dibantu beberapa orang lain
Tidak memerlukan yang waktu
lama sehingga mereka menyedari jika tanah di bawahnya berlubang. Pada akhirnya,
kelihatan sebuah gua besar dengan pelbagai formasi kristal yang sangat banyak
dan dalam pelbagai bentuk.
Gua kristal ini berada kira-kira 20 meter di
bawah tanah dengan keluasan kira-kira 300 meter, di mana orang-orang masih dapat
berjalan di dalamnya. Kristal-kristal di dalam gua ini muncul dalam pelbagai
bentuk. Tidak hanya itu saja, di dalamnya juga terdapat stalaktit dan stalagmit
yang terus menitiskan air.
Menurut catatan rasmi, kira-kira 2 kilometer dari
rumah Zang, terdapat sebuah gua kristal yang mirip dengan gua yang dijumpai di
laman rumahnya. Masih belum diketahui sama ada kedua-dua gua ini saling
berhubung atau tidak.
0 Response to "Ada Gua 'Kristal' di Belakang Rumah Petani di China"
Post a Comment