Ketika di awal program, nama Siti Nordiana (Nana) bukanlah calon pilihan ke
peringkat final program Gegar Vaganza. Dia boleh dikatakan sebagai peserta
'underdog'.
Namun sehingga kini, Nana telah berjaya melangkah sehingga minggu yang
ketujuh dan hanya dua minggu sahaja lagi untuk ke peringkat
final.
Persembahan Nana hari demi hari semakin mengagumkan malah yang
paling penting Nana bukan sahaja berjaya menarik hati juri tetapi juga seluruh
rakyat Malaysia yang menonton program tersebut.
"Saya tahu ada yang
anggap saya sebagai peserta 'underdog' tetapi saya tak kisah fasal hal itu malah
lagi bagus sebab tak ada tekanan. Tak adalah berat bahu saya," ujarnya sambil
ketawa.
Pun begitu, selepas menyanyikan lagu Ziana Zain, namanya terus
melonjak naik. Nana memberitahu yang selama ini dia tidak pernah menyanyi dalam
program-program TV yang besar seperti ini. Jadi ini kali pertama.
"Syukur alhamdulilah, saya cuba buat yang terbaik. Segala usaha
nampaknya berbaloi. Memang jika boleh harapan semua orang nak ke peringkat
final, begitulah Nana juga," katanya.

Ibu tunggal ini turut memberitahu bahawa anaknya Rayyan, 7, merupakan
pengkritik utama setiap kali dia menyanyi.
"Pernah saya berlatih
menyanyi dan saya ubah sikit-sikit dia akan kata, mama jangan ubah nanti peminat
mama tak suka. Dia pun sangat prihatin dengan saya. Kalau dia tak ikut ke dewan,
dia akan bagi voicenote, good luck mama. Ya dia pemberi semangat bagi saya,"
ujar Nana.
Semoga Nana dapat memberikan yang terbaik sehingga
final.
Sumber: Mediahiburan
0 Response to "Anak Siti Nordiana pengkritik utama ibunya sebelum menyanyi di Gegar Vaganza 2"
Post a Comment