![]() |
Sekadar gambar hiasan |
Kuala Lumpur, 22 Nov - Seorang bapa nyaris maut
apabila dia ditikan oleh anak perempuannya sendiri dalam satu kejadian di
rumahnya di Taman Desa Bakti, Jinjang kira-kira jam 10.45 pagi
tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R. Munusamy,
kejadian berlaku kerana suspek tidak berpuas hati dan mengamuk apabila bapanya
itu tidak merestui hubungannya dengan seorang gadis.
“Remaja berusia 18
tahun itu mula mengamuk dan menyerang bapanya, selepas hubungannya dengan
seorang perempuan dihalang keluarga.
"Siasatan awal mendapati ketika
pertelingkahan berlaku, suspek dikatakan mengambil sebilah pisau pemotong sayur
dan bertindak menikam bapanya sendiri dileher sebanyak 2 kali.
"Suspek
berusia 18 tahun sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun
Keseksaan," katanya memetik laporan Astro Awani.
Mangsa, 45, dibawa ke
Hospital Selayang oleh ahli keluarga yang lain sejurus selepas kejadian.
0 Response to "Bapa halang hubungan lesbian ditikam anak di Jinjang"
Post a Comment