
Keadaan
itu berpunca akibat jangkitan parasit.
Vineeta sebelum ini telah
menjalani pelbagai rawatan namun tidak dapat mengesan punca kelopak matanya
bengkak.
Dia kemudiannya mendapatkan pandangan daripada pakar mata, Dr
Vikram Mohindra dan selepas ujian dilakukan, barulah doktor terbabit mengesan
parasit tersebut.
Vineeta kini semakin pulih selepas penyakitnya itu
dikesan di peringkat awal.
“Saya amat berterima kasih kepada Dr. Mohindra
kerana mengambil kes saya ini.
“Ia berbaloi apabila saya memutuskan untuk
mendapatkan pandangan kedua berhubung penyakit saya itu,’’ kata Vineeta yang
kini dapat melihat dengan jelas tanpa perlu menggunakan cermin
mata.
Parasit itu menjangkiti mamalia melalui nyamuk, lalat dan
kutu.
Hanya 800 kes dilaporkan di seluruh dunia sejak ia pertama kali
dikesan pada 1885 dengan kebanyakan kes dikesan di timur Eropah, Sri Lanka,
Itali, Perancis. Greece dan Sepanyol.
–
MYNEWSHUB.CC






0 Response to "Berani Tengok Tak?? (9 Gambar) Apabila Cacing Bersarang Dalam Kelopak Mata"
Post a Comment