
KUALA LUMPUR - Datuk Seri
Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai isu 1Malaysia Development Berhad
(1MDB), lapor Astro Awani.
Dalam satu perutusan melalui
peguamnya semalam, Anwar menyuarkan kebimbangannya setelah mendapat tahu Tun Dr
Mahathir disoal siasat serta diambil keterangan oleh polis
semalam.
"Saya sangat bimbang apabila
mendapat tahu Dr Mahathir telah disiasat polis pada 6 November. Beliau tidak melakukan sebarang jenayah apabila bertanyakan soalan dan menyuarakan
kritikannya terhadap Najib mengenai krisis 1MDB.
"Jika beginilah caranya
layanan terhadap Dr Mahathir, hak demokrasi rakyat Malaysia dalam mempersoal dan
mengkritik kerajaan berada di tahap yang sangat terancam," katanya dalam
kenyataan itu.
Tun Dr Mahathir semalam
diambil keterangan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
di pejabatnya di Yayasan Al-Bukhary.
Anwar juga turut menyeru agar
gangguan terhadap Dr Mahathir dan individu lain dihentikan kerana mereka hanya
melakukan tugas mereka untuk menyuarakan kesilapan dan salah laku yang dilakukan
oleh pemimpin kerajaan.
"Kerajaan seharusnya menjawab
soalan yang diajukan yang turut menjadi tanda tanya oleh rakyat berbanding
menyiasat Dr Mahathir," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Berhenti Ganggu Mahathir!' - Anwar"
Post a Comment