
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh bekas
jutawan SHAKLEE di FB beliau Eeza MamaFaiz. Semoga ia membuka mata semua di luar
sana:
Salam semua yang di sayangi dan di rahmati. Semalam ada
yang menyebarkan akaun Shaklee kami masih aktif. Ya masih akftif. tapi kami tahu
kami bakal dibuang(diterminate).Kami terima seadanya
Siapa yang tak sedih
kerana detik April 2010 adalah tarikh dimana saya nekad memulakan bisnes ini.
Ketika itu saya percaya inilah bisnes yg dapat menyelamatkan saya dari ikatan
kerja makan gaji, bekerja yg menuntut masa berjam2 sehari sehingga lupa pada
keluarga dan diri sendiri.
Awalnya saya tak tahu pun ini adalah MLM.
Selama 5 tahun lebih saya curahkan semua yang saya ada, tenaga, masa dan harta
... Tempoh 5 tahun membangunkan Jutawan Shaklee bukan tugas mudah dan senang.
Banyak liku dan onak duri terpaksa saya tempuhi.
Saya akui penglibatan
dalam Shaklee memberi banyak pendedahan tentang dunia MLM. Prinsip hidup saya
memang bersungguh dalam bekerja. Bonus mencapai ratusan ribu ringgit sebulan
menyebabkan saya terlena di ulik kesenangan dan limpahan rezeki. Tahun demi
tahun saya mula terikut2 dengan kemewahan dunia. Saya korbankan masa sehingga
melupakan keluarga hanya semata2 memberi priority utama kepada
downline.
Tahun demi tahun bonus naik melonjak dengan terlampau.
Tiba-tiba satu masa di awal tahun lepas saya mula rasa tak sedap hati setiap
kali menghadiri program Shaklee. Lepas tu datang pula kes Israel.. Waswas
lagi..lagilah sy tak sedap hati. Start dari situ bonus turun sikit demi sedikit
dan saya mula jauhkan diri dari program-program shaklee.
Balik dari US,
saya start isolatekan diri... bonus mmg dah start drop. Walaupun tiap bulan kami
buat macam2, double triple kan zakat namun masih tak jadi apa. Kami terus
mencari apa yg kurang..apa yang tidak kena…mcm ada sesuatu yg Allah nak
tunjukkan.
Dalam usaha menggandakan zakat untuk mencari ketenangan, maka
di awal tahun 2015, saya dan suami berkenalan dengan Rumah Pengasih Warga
Prihatin (RPWP). Di situ berkumpulnya asnaf dan anak-anak yatim dari seluruh
Malaysia. Rumah yang dibina secara gotongroyong menggunakan bahan terbuang ini
nampak daif dari segi rupanya, tetapi amat indah dari segi kasih sayang
kekeluargaannya.
Kami yang memang mencari wadah untuk mengembangkan
ibadah melalui sedekah dan muamalah lalu mengambil kesempatan membantu sekadar
yang kami mampu. Berkongsikan semangat mereka, kami merancang bergerak dengan
ruang yang lebih besar lagi dalam membangun RPWP terutama bila terdengar
rancangan mereka untuk membina kota ilmu di Lenggeng Negeri Sembilan dengan kos
puluhan juta ringgit. Mereka ingin mengembangkan ‘Tahfiz Integrasi Akademi Insan
Prihatin’ (AIP) yang kini sedang beroperasi di Bangi Sentral.
Selama
lebih 10 tahun, mereka ini bergerak sendiri. Kesemua petugas bekerja tanpa gaji
dan cuti. Mereka tidak meminta-minta, baik melalui surat apatahlagi menggunakan
anak-anak berkeliaran menadah tangan meminta sedekah.
Kami terpanggil
untuk membantu membangunkan produk WERDA, salah satu dari pelbagai usaha asnaf
RPWP dalam memartabatkan sistem muamalat mereka tanpa berhutang dan
meminta-minta. Kami tawarkan diri untuk memasarkan WERDA (bukan produk jualan
langsung) sebagai wadah mempercepatkan usaha mereka mengumpul dana untuk
pembinaan AIP Lenggeng.
Setelah mengkaji dan meneliti perjalanan mereka
secara lebih dekat, maka hari ini kami dengan sukarela telah turut mewakafkan
Faiz, anak kami sendiri sebagai pelajar di AIP. Kami sendiri menjadi sukarelawan
bagi menyumbang tenaga dan minda, rohani dan jasmani kami bersama keluarga besar
RPWP.
Dipendekkan cerita, belum pun perniagaan WERDA bermula, belumpun
sampai stok yang kami order, hujung September lalu kami menerima surat kata dua
dari Shaklee. Mereka kata ada ‘family Shaklee’ yang melapor dan mempertikaikan
kewajaran penglibatan kami di sebalik WERDA.
Kami diberi kata dua samada
hanya memilih Shaklee atau WERDA (RPWP/AIP). Jika kami pilih WERDA, maka kami
akan di gantung oleh Shaklee Malaysia. Bukan setakat itu sahaja, kami disuruh
sign satu surat yg sengaja diolah untuk MENJERAT kami. Kami tak dibenarkan
terlibat bukan sahaja dengan WERDA, malah dengan apa2 perniagaan lain pun. Bukan
kami sahaja, malah apa-apa syarikat kami, dan keluarga kami juga tidak boleh
terlibat dengan WERDA. Semua saluran media sosial milik peribadi kami sendiri
juga tidak boleh ‘bercakap’ tentang apa sahaja selain
Shaklee.
MasyaAllah, inikah bisnes kerana ALLAH? bisnes dlm Islam
sepatutnya bukan mengikat dan mengongkong manusia untuk menjadi HAMBA atau
LEMBU. Apabila kami disuruh sign surat itu, kami rasa seolah-olah kami ini
lembu... seolah-olah kami ini adalah pekerja Shaklee. Padahal dari awal kami
bisnes Shaklee sebagai pengedar bebas…kerana ingin merdeka dan bebas melakukan
bisnes sendiri.!!!
Siapapun di tempat saya akan sedih dengan sikap
Shaklee Malaysia ini. Usaha kami membangun dan melonjakkan jualan Shaklee
sehingga menjangkau kenaikan jualan yang tidak masuk akal, sehingga 800%
daripada tahun-tahun sebelumnya tidak di pandang, malah di nafikan. Masa dan
usaha kami bersengkang mata, mengorbankan keluarga memotivasikan downline jadi
sia-sia. Mereka akan untung banyak kerana bonus kami yang kini berjumlah sekitar
RM250,000 setiap bulan dihentikan.
Untuk membantu furqon anda. Saya boleh
sahaja patuh dengan arahan Shaklee Malaysia untuk tingalkan WERDA jika bonus
tunai sebesar itu saya jadikan ukuran. Tetapi ada pertimbangan yang jauh lebih
besar dalam benak fikiran saya.
Ini adalah ujian sangat besar, berupa
kata dua dari Allah juga. Mahu pilih kesenangan dunia dengan pendapatan RM250K
sebulan? atau mahu mempertahankan maruah agama?
Berbalik kepada rasa
‘tidak sedap hati’ yang saya katakan di awal tadi…saya mula beristighfar. Memang
benar kami dapat bonus tinggi. Tetapi berkatkah pendapatan itu apabila saya;
menaikkan jualan untuk satu produk yang mungkin kah terkait dengan Israel(ini
pndapat peribadi saya sahaja.terserah anda).perniagaan yang Terus menerus
menjerumuskan para wanita ke parti bisnes(luaran nampak bisnes keluarga tapi
hakikatnya jauh dari pembinaan keluarga)? Wajarkan saya jual air liur untuk
kekayaan saya sendiri sedangkan umat Islam membeli barang yang tinggi harganya?
Wajarkah saya gadaikan maruah agama dan diri apabila dihalang membantu usaha
jihad ekonomi saudara seagama dan anak yatim yang perlu dibela?
Setelah
beristikharah, kami memilih untuk mendaulatkan Islam, menolak kejahatan puak
kuffar dan munafik yang kejam, yang mempergula-gulakan umat Islam Malaysia. Kami
tidak mahu jadi pengkhianat agama. Kami ingin hidup tenang dengan rezeki yang
berkat. Apalah gunanya pendapatan ratusan ribu ringgit, jika ia datang dari
perniagaan yang fasik, jika kekayaan itu hasil dari satu sistem perniagaan yang
menindas dan memusuhi agama saya sendiri.
Artikel ini bagi menjawab
ribuan pertanyaan yang MUSTAHIL mampu saya jawab satu persatu. Kami tak paksa
anda untuk terpengaruh dengan furqon kami. Tetapi kalian nilaikanlah
sendiri…
Apa yang pasti, inilah pilihan dan stand kami.
Kali ini
biarlah jalan ini 'memandu' naluri jawapan kepada minda anda semua...saya tidak
keberatan untuk kongsikan surat ‘kata dua’ dari Shaklee Malaysia jika ia mampu
membantu furqon anda betapa zalimnya mereka. Silalah pm saya melalui Telegram.
Buat masa ini belum tergerak lagi untuk mendedahkannya secara
umum.
Akhirnya, kepada pihak yg terlibat melaporkan kes saya kepada
Shaklee, terima kasih banyak saya ucapkan kerana anda telah membuka mata kami.
Sesungguhnya saya rela memilih jalan ini, asalkan pegangan dan agama saya tak
dipijak, asalkan maruah anak2 yatim ini tidak
diperlekehkan..."..
Nota:Kalau nak penerangan lebih lanjut sila hadir ke
office saya..kita borak panjang agar anda semua lebih memahami...
0 Response to "BONGKAR! "Saya Tolak Bonus Ratusan Ribu Ringgit Kerana Pertahan Maruah Agama" - Bekas Jutawan Shaklee"
Post a Comment