
Muar – Polis mengambil
keterangan hampir 10 pengguna laman sosial Facebook bagi mengesan dalang sebenar
penyebaran berita dan gambar bersabit kes pembunuhan seorang kerani sekolah
agama di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir di sini, Isnin
lalu.
Ketua Polis Daerah Muar ACP
Azman Ayob berkata, kesemua yang dipanggil sejak Selasa sehingga hari ini itu
adalah pengguna laman sosial berkenaan yang dikatakan berkongsi maklumat awal
kes berkenaan sehingga ia menjadi viral.
“Polis memandang serius
perkara ini dan dijangka akan memanggil beberapa lagi pengguna Facebook dan juga
WhatsApp untuk diambil keterangan.
“Tindakan ini diambil selepas
pengguna laman sosial ini tidak mengendahkan peringatan dan amaran daripada
pihak berkuasa agar bertanggungjawab terhadap perkara-perkara sebegini.
Berikutan itu, kami terpaksa mengambil tindakan tegas dan saya menasihatkan
orang yang memulakan hebahan itu supaya tampil kerana kami yakin dapat
mengesannya tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi di sini,
Khamis.
Akhbar sebelum ini melaporkan
seorang kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ditemui terbaring
dengan kesan jerutan di lehernya di depan pintu bilik utama rumahnya di Taman
Setia Kasih Sungai Terap di sini, Isnin lalu.
Mayat mangsa ditemui jiran
selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak ditutup selama empat jam bermula pukul
2 petang, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran
terasa pelik dan mencarinya
Polis kemudiannya bertindak
menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun yang bekerja di
kawasan berhampiran selang beberapa jam selepas menemui mayat mangsa bagi
membantu siasatan.
Azman berkata siasatan
memanggil pengguna laman sosial itu dijalankan mengikut Akta Rahsia Rasmi dan
menasihatkan dalang sebenar supaya tampil atau berdepan tindakan lebih
tegas.
Sumber
Kualalumpurpost.net
0 Response to "Bunuh Kerani: 10 Pengguna Facebook Dipanggil Beri Keterangan"
Post a Comment